TerasMalaysia

Ini Respon Yusof Haslam Mengenai Isu Hangat Diperkatakan Tentang Ira Kazar Hamil

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ini Respon Yusof Haslam Mengenai Isu Hangat Diperkatakan Tentang Ira Kazar Hamil

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan ambil peduli mengenai perkembangan semasa menantunya, Ira Kazar yang dikatakan sudah berbadan dua.

Setakat ini, dia tidak menerima apa-apa khabar daripada Syamsul mengesahkan keadaan isteri keduanya itu.

@diyanasyahirah

Full video boleh tgk kat Youtube Budiey Channel. Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Yusof Haslam sekeluarga #datukyusofhaslam #syamsulyusof #puterisarahliyana #irakazar #budieychannel

♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

“Ira Kazar hamil? Saya tidak tahu dan saya tidak mahu ambil tahu kalau dia sudah hamil. Lagi pun dia dah duduk rumah sendiri dengan Syamsul,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem ‘Harum Malam’.

Bukan itu sahaja, Yusof juga enggan memberi komen lanjut yang boleh memanjangkan cerita mengenai kemelut rumah tangga anaknya bagi menjaga hati semua pihak.

“Saya tak mahu komen, saya kena jaga hati banyak orang. Biar masa yang menentukan. Saya pun dah janji dengan isteri saya untuk tidak memberikan apa-apa lagi kenyataan agar tidak melukakan hati sesiapa. Saya sayang anak saya, menantu saya dan besan saya.

“Syamsul anak saya, saya nak jaga hati dia juga. Saya tak mahu hubungan saya dengan dia menjadi buruk,” tambahnya.

Terdahulu, Syamsul Yusuf membuat pendedahan terbuka di media sosial sudah mengahwini Ira Kazar sebagai isteri kedua.

Rentetan itu, isteri pertamanya Puteri Sarah terus memfailkan perceraian pada 16 Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sumber

Baca : Pelancong “Berahi” Makan Burger Jalanan, Duduk Atas ‘Divider’ Pun Dapat Rasa Nikmat

Leave a Comment