Ini Rupanya Asal Kain Sarung Kaabah Yang Pertama! Ingat Warna Hitam Emas
Tahukah anda Kain Kelambu yang menyeliputi Bangunan Kaabah pada zaman Rasulullah SAW bukannya Warna Hitam Bersulamkan Benang Emas seperti yang kita lihat sekarang?
Warna yang Kain Kiswah yang sekarang ini hanya mula digunakan sejak 800 tahun sebelum ini.

Menurut Mufti Rafiq Faiz melalui laman tiktok rasminya, dalam tajuk “Rahsia Kota Mekah Bahagian 11” ada menceritakan
yang warna Kain Kiswah Kaabah sebelum ini telah bertukar sebanyak 5 kali sebelum warna Hitam Emas yang kita lihat sekarang.
Kain Kiswah yang pertama diletakkan pada Kaabah adalah 2000 tahun yang lepas dan diletakkan oleh Raja Yemen Al-Tubba’.
Pada Zaman Rasulullah SAW kain kiswah Kaabah berwarna Putih & Merah yang diperbuat dari kain Yemen.

Seterusnya Zaman Saiyidina Abu Bakar RA & Saiyidina Umar RA pula kain Kiswah Kaabah dikatakan berwarna Putih & Emas.

Kemudian ia ditukarkan kepada warna Merah pada zaman Abdullah bin Zubair RA.

400 tahun kemudian pada zaman Raja Seljuk, kain Kiswah Kaabah berwarna kuning.

Pada Zaman Khalifah Abbasi Al Nasir pula Kain Kiswah Kaabah ditukarkan kepada warna hijau dan sebelum berakhirnya zaman beliau,

warna Kain Kiswah Kaabah ditukarkan sekali lagi kepada warna yang diguna pakai sehingga ke hari ini iaitu warna Hitam bersulamkan Benang emas.

Boleh tonton dibawah ini Tiktok Mufti Rafiq Faiz menceritakan warna-warna kain kaabah sebelum ini.
Juga baca cerita ringkat berkenaan kisah Nabi Ibrahim AS dari link dibawah ini.
Kisah Nabi (Part 6/25) : Nabi Ibrahim AS (Part 1)
Klik sini untuk Sumber Artikel