TerasMalaysia

Ini rupanya sejarah kenapa plat Perak mula dengan huruf A, ada kena mengena dengan pemilik kereta yang pertama

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ini rupanya sejarah kenapa plat Perak mula dengan huruf A, ada kena mengena dengan pemilik kereta yang pertama.

Korang tahu tak dekat Malaysia ni, jumlah kenderaan lagi banyak dari jumlah keseluruhan penduduk di negara ni? Kalau ikut data pada tahun 2021, ada 33.3 juta kenderaan yang berdaftar di seluruh negara manakala penduduk pula hanya ada 32.6 juta je.

Dikatakan, pertambahan jumlah kenderaan ini telah meningkat sebanyak sejuta setiap tahun bermula pada tahun 2019. Patutlah lebuhraya banyak dibina pun, masalah kesesakan trafik tak ada jalan penyelesaian.

Tapi korang pernah tak terfikir siapa orang pertama sekali pakai kereta dekat Malaysia ni dan macam mana ia boleh jadi transport utama di sini? Jom baca!

Ini rupanya sejarah kenapa plat Perak mula dengan huruf A, ada kena mengena dengan pemilik kereta yang pertama

1902: Kereta pertama di Malaysia

Dikatakan kereta pertama yang diimportkan ke Malaysia merupakan Mercedes Simplex oleh seorang lelaki bernama Eu Tong Sen yang berasal dari Gopeng, Perak. Kalau korang nak tahu, Eu Tong Sen ini merupakan anak kepada pemilik kedai herba Cina Eu Yan Sang.

Ramai mendakwa ini adalah sebab kenapa nombor plat di Perak bermula dengan huruf ‘A’, ada juga yang cakap ketika itu Perak mempunyai jumlah kereta tertinggi. Mana tidaknya, ramai tau orang-orang kaya dekat sana sebab banyak lombong biji timah.

Dikatakan juga, plat ‘A1’ telah diambil oleh British gara-gara tak nak bagi pada orang biasa. Ia menjadi milik Claude Henry Labrooy yang merupakan arkitek Bandaraya Ipoh. Namun kini, ia menjadi milik Sultan Selangor.

1909: Ford iklankan kereta pertama di Malaysia

Tahun 1909 merupakan titik permulaan dominasi Amerika terhadap pasaran automotif di Malaysia. Kemudian pada 1911 terdapat rancangan untuk menjual 60 kereta setahun. Pada tahun 1926 pula, Ford telah membuka kilang di Singapura yang ketika itu masih bersama Malaya dan mendominasi 80% penjualan kereta di Malaya. Pada tahun 1964, Mk1 Ford Cortina merupakan kereta yang paling banyak terjual.

1956: Kenderaan British dominasi pasaran


Pada tahun 1956, Eropah telah mendahului pasaran kereta asing dengan mengimport sebanyak 65% kereta baru di Malaya.

1966: Pembentukan Persatuan Penduduk Kenderaan Bermotor Malaysia (MVAA)
10 firma automobil telah bergabung bersama-sama bagi membentuk MVAA. Singapura dan Malaysia telah bersaing bagi mendapatkan pelaburan asing sehingga mereka merasakan telah sampai masanya untuk mencari satu titik persamaan. Pada tahun 2000, MVAA telah bergabung dengan Persatuan Peniaga Motor Malaya untuk membentuk Persatuan Automotif Malaysia.

1968: Kereta pertama dipasang di Malaysia

Pada akhir 1950-an, terdapat beberapa penekanan untuk mengeluarkan dan mengindustrikan kereta tempatan. Kerajaan pada ketika itu mahu mempercepatkan pengindustrian melalui pemasangan tempatan kereta asing dan pembuatan komponen. Sebelum kemudiannya pada 1968, kerajaan memperkenalkan Volvo 144.


1970-an-1980-an: Era kereta Jepun


Ekoran sentimen anti-Jepun dari Perang Dunia Kedua, kereta keluaran Jepun sukar untuk naik di pasaran, tak cukup dengan itu, rekaan kereta yang lebih ringan dan harga yang murah juga turut tidak membantu. Pun begitu, pada tahun 1981, jenama Jepun telah mendapat jualan tertinggi di enam tempat di Malaysia dan mendominasi lima tempat teratas.

1983: Kereta keluaran Malaysia pertama

Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah bergabung dengan Mitsubishi bagi membantu untuk menghasilkan kereta tempatan pertama negara. Kereta pertama di Malaysia, Proton Saga telah dikeluarkan pada 1985 dan disokong oleh Perdana Menteri pada ketika itu Dr. Mahathir Mohamad.

1993: Pesaing kereta tempatan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah ditubuhkan pada 1993 dengan usaha sama bersama Daihatsu. Dari 1994, Perodua mula menjual kereta kompak berdasarkan model Daihatsu Mira.

2023: Jenama baru?


Pada tahun 2018, ketika Dr. Mahathir kembali memegang jawatan sebagai perdana menteri, beliau telah mengumumkan Projek Ketiga Kereta Negara. Syarikat Malaysia, DreamEDGE telah dilantik untuk menjadi syarikat utama untuk projek ini dan pengeluarannya akan bermula pada tahun 2023. Pun begitu, tiada berita terbaru mengenai projek tersebut setakat ini.

BACA:
Budak berusia dua tahun telan lapan jarum suntik lembu, tiga batang cederakan organ dalaman
Sangat menarik dan unik, pengantin ini jadikan sayur-sayuran sebagai ‘doorgift’ untuk para tetamu yang hadir majlis
Sebelum siar ‘poscast’, Caprice sudah buat persediaan awal, nafi fitnah bayar Mondy dan reka cerita

Leave a Comment