Ini sebab kenapa lama tak dengar cerita tentang Sos Aminah Hassan, mereka bakal buat ‘comeback’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ini sebab kenapa lama tak dengar cerita tentang Sos Aminah Hassan, mereka bakal buat ‘comeback’

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita bila makan ayam goreng perlukan sos cili, makan kentang perlukan sos cili, makan keropok dan segala macam lah perlukan sos cili.

Boleh dikatakan budaya Malaysia ini tidak lengkap makan makanan bergoreng tanpa sos cili. Pelbagai jenama sos cili yang berada di pasaran.

Ada yang dahulu terkenal sehingga sekarang masih lagi jenama sos cilinya itu disukai ramai. Namun, ada juga jenama sos cili yang dahulunya terkenal tetapi kini dilupakan dan ada juga yang sudah lenyap ditelan zaman.

Jika anda adalah peminat sos cili pasti masih ingat sos jenama Aminah Hassan yang terkenal satu ketika dahulu.

Ada yang dahulu terkenal sehingga sekarang masih lagi jenama sos cilinya itu disukai ramai. Namun, ada juga jenama sos cili yang dahulunya terkenal tetapi kini dilupakan dan ada juga yang sudah lenyap ditelan zaman.

Jenama Aminah Hassan bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Untuk pengetahuan anda, perniagaan ini diusahakan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Sebenarnya perniagaan ini telah bermṳla secara kecil-kecilan pada tahun 1966 di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.

Sebut sahaja sudah mengimbau kenangan masa kecil, bukan? Makan ayam goreng, pisang goreng dan pelbagai lagi cicah sos cili. Jenama Aminah Hassan ini boleh dikatakan setanding dengan jenama-jenama lain seperti Life, Kimball dan sebagainya.

Akan tetapi, pasti anda sedar akan kehilangan jenama sos ini di pasar raya, bukan? Sebenarnya ada khabar angin mendakwa bahawa sos tersɛbut telah dimiliki bangsa asing dan dijual di syarikat lain selepas pengasasnya meninggal dunia. Berikutan itu, produk tersebut tidak lagi mendapat sambutan dan terpaksa ditutup operasi kerana mengalami kemerosotan.

Kemudian, perniagaan berkembang maju dan kilang pengeluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang. Kini, perniagaan ini telah diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Daripada hanya menjual sos cili, kemudian jenama Aminah Hassan ini tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Terbaharu, pihak syarikat Aminah Hassan menjelaskan perkara sebenar justeru menafikan khabar angin yang telah tersebar. Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya seketika.

Anda boleh dapatkan sos cili lagend ini di online seperti di Shopee dengan hanya menaip aminah hassan atau sos cili aminah hassan.

Difahamkan kini, sos cili jenama Aminah Hassan telah mula dijual semula di beberapa lokasi sahaja dan anda boleh dapatkan sos cili ini untuk nikmati rasa sos cili ‘legend’ ini.

Semoga kita sama-sama membantu perniagaan sos cili lagenda ini. Diharap supaya perniagaan mereka ini kembali popular dan maju jaya seperti dahulu.

Sumber

Baca : Melayang RM8000 dalam akaun lepas kawan baik sendiri bertindak mencuri kad ATM miliknya

Leave a Comment