Inilah dia fungsi paku yang ada pada pakaian seragam PDRM, ada kena mengena dengan pangkat
Polis Diraja Malaysia merupakan pasukan polis persekutuan berseragam di Malaysia. Pasukan ini adalah organisasi berpusat dengan ibu pejabatnya terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Pasukan polis diketuai oleh Ketua Polis Negara (IGP) dan ketika ini jawatan ini dipegang oleh Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador sejak 4 Mei 2019 sebagai Ketua Polis Malaysia ke-12.
Ditubuhkan pada 25 March 1807 iaitu 213 tahun yang lalu, perlembagaan, kawalan, pekerjaan, pengambilan, pendanaan, disiplin, tugas dan kuasa pasukan polis ditentukan serta ditadbir oleh Akta Polis 1967.
Dalam menjalankan tanggungjawabnya, RMP tetap juga dibantu oleh kumpulan sokongan Extra Constable Polis , Rizab Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan elemen perkhidmatan awam.
PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan polis di seluruh dunia, termasuk dari 6 negara jiran Malaysia yang berkongsi sempadan iaitu Polis Negara Indonesia, Polis Negara Filipina, Polis Diraja Brunei, Polis Diraja Thai, Pasukan Polis Singapura dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.
Jika ditanyakan apakah sebenarnya tugas polis, ramai di antara kita yang akan menjawab menjaga keamanan negara sahaja. Namun, ia hanyalah salah satu daripada tugas PDRM.
Seksyen 20 Akta Polis menyebutkan tugas-tugas PDRM seperti di bawah:
- Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
- Memproses risikan keselamatan;
- Menjalankan pendakwaan;
- Memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
- Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
- Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
- Mempamerkan maklumat;
- Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
- Menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
- Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
- Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
- Menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil,
- Menjaga ketenteraman didalamnya dan
- Mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis

Pangkat PDRM
Dari kelompok yang besar, PDRM terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pegawai, dan Pegawai Rendah dan Konstabel.
Pegawai pula terbahagi kepada Pemerintah Tertinggi PDRM dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis (bermula dari Inspektor ke Inspektor Jeneral Polis).
Pegawai Rendah pula melibatkan pangkat Pegawai Rendah Polis dan juga Konstabel.
Berikut adalah susunan dan organisasi lengkap mengikut pangkat dari atas ke bawah.
A. PEMERINTAH TERTINGGI PDRM
1. Ketua Polis Negara (IGP) : Inspector General of Police

2. Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) : Deputy Inspector General of Police

B. PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS
1. Pesuruhjaya Polis (CP) : Commissioner of Police

2. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) : Deputi Commissioner of Police

3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) : Senior Assistant Commissioner of Police

4. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) : Assistant Commissioner of Police

5. Penguasa Polis (SP) : Superintendant of Police

6. Timbalan Penguasa Polis (DSP) : Deputy Superintendant of Police

7. Penolong Penguasa Polis (ASP) : Assistant Superintendant of Police

8. Inspektor Polis (INSP) : Inspector of Police

9. Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) : Probationary Inspector of Police

C. PEGAWAI RENDAH POLIS
1. Sub Inspektor Polis (S/INSP) : Sub Inspector of Police

2. Sarjan Mejar (SJN/M) : Police Sergeant Major

3. Sarjan (SJN) : Police Sergeant

4. Koperal (KPL) : Police Corporal

5. Lans Koperal (L/KPL) : Police Lance Corporal

6. Konstabel (KONST) : Police Constable
