
Inilah yang berlaku kepada pasangan yang baru kahwin 11 bulan, Punca sebab tak buat sarapan pagi
Tular video rakaman perkongsian seorang wanita tentang kecurangan suaminya dan lebih menyedihkan, pasangan itu baru sahaja 11 bulan mendirikan rumah tangga.
Menerusi rakaman itu yang kini hangat diperkatakan di Twitter, wanita berkenaan difahamkan pernah memberikan suaminya peluang kedua namun ia disia-siakan lelaki tersebut.
Wanita ini mendakwa suaminya telah berlaku curang dan memukulnya. Dia juga dipercayai telah membuat laporan polis dengan bantuan jiran.
Dalam pendedahan video yang dimuat naik, wanita ini menunjukkan bukti chat suaminya di aplikasi dating. Nampaknya bukan sorang je suami dia mesej, ramai lagi wanita lain.
Suaminya juga didakwa memberi alasan rumahtangga bermasalah kerana isteri jarang buatkan sarapan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, wanita ini berkata pihak atasan tentera telah pun mengambil keterangannya dan kes diklasifikasikan sebagai kes berat.
Wanita ini juga memohon orang ramai supaya tak mengkritiknya meminta isu peribadi dibincang secara baik kerana suaminya sendiri tak beri kerjasama.