TerasMalaysia

Iphone 14 plus ‘lesap’ dicuri wanita dekat pameran kedai, siap gigit kabel

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Iphone 14 plus ‘lesap’ dicuri wanita dekat pameran kedai, siap gigit kabel

Seorang wanita ditangkap kerana mengigit kabel antikecurian bagi melarikan sebuah telefon pintar berharga 7,000 yuan (RM4,480) di sebuah kedai telefon di China.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang hanya dikenali sebagai Qiu pada mulanya dilihat memasuki premis elektronik berkenaan sebelum dia dilihat membelek beberapa telefon pintar yang diminatinya.

Selepas meletakkan satu telefon yang berada di tangannya di atas meja paparan, dia dilihat mencuba salah satu telefon yang dipamerkan. Selepas beberapa lama, dia berhenti dan melihat keadaan sekeliling bagi memastikan tiada orang lain sedang memerhatikannya.

Selepas itu, wanita berkenaan mula menggigit wayar tali keselamatan yang mengikat salah satu telefon ke tempat paparannya.

Usai berjaya memutuskan wayar tersebut, suspek memasukkan kedua-dua telefon ke dalam begnya sebelum keluar dari kedai.

Tindakan wanita itu mencetuskan penggera keselamatan, tetapi kakitangan perkhidmatan kedai yang menjaga pelanggan lain menyangka bahawa ia adalah penggera palsu dan menutupnya.

Hanya selepas dia pergi, seorang pekerja menyedari telefon itu hilang dan membuat laporan polis.

Menurut media China, polis menggunakan gabungan pengecaman muka dan analisis pengesanan untuk mengesan suspek sebelum menangkap wanita tersebut di kediamannya dalam masa 30 minit.

Wanita itu dilaporkan baru sahaja melangkah masuk ke rumahnya dan tidak berpeluang menggunakan peranti yang dicuri, Apple iPhone 14 Plus yang berharga 7,000 yuan (RM4,480).

Qiu memberitahu polis bahawa dia kehilangan telefonnya dan berhasrat untuk membeli pengganti. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk mencurinya selepas tidak mampu berbelanja bagi membeli peranti baharu.

Qiu berdepan hukuman penjara tiga tahun dan denda 200,000 yuan (RM128,000).

Sumber

Baca : “Unidentified flying object” – Nampak seakan-akan bebola putih turun dekat KLCC masa rakam pemandangan
Warga emas kaya ‘sekejap’ lepas jumpa beg berisi duit yang bernilai RM23,000 tepi parkir kereta

Leave a Comment