TerasMalaysia

Istana Pahang beri amaran kepada penerima darjah kebesaran dan pingat negeri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Istana Pahang beri amaran kepada penerima darjah kebesaran dan pingat negeri.

Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang diberi peringatan untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat negeri pada kenderaan mereka.

Peringatan dibuat bagi junjung titah Sultan Pahamg

Memetik kenyataan rasmi dari Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, beliau memaklumkan yang peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.

Peringatan itu diberikan mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, melibatkan gelaran atau anugerah dikurniakan Sultan Pahang.

“Manakala mereka yang didapati menggunakan gelaran palsu juga boleh didakwa mengikut peruntukan sama,” katanya menerusi kenyataan media yang dikongsi di laman Facebook rasmi Istana Pahang.

Istana Pahang beri amaran kepada penerima darjah kebesaran dan pingat negeri

Peringatan berkaitan darjah kebesaran pernah dinyatakan sebelum ini

Ahmad Khirrizal berkata pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dimohon untuk bekerjasama dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Pada Ogos lepas, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman juga telah memberi peringatan bahawa semua pihak tidak dibenarkan memasang atau memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan tanpa kebenaran.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan pada Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 dan individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

BACA:
Kerap sakit kepala dan penuh kelimumur, pelakon lelaki dakwa kena sihir, rela rahsiakan kerana takut dituduh menipu
”Kak Ana masuk program persatuan bantu orang susah lepas berhenti kerja, satu hari ni Kak Ana pergi hantar bantuan, bila buka je pintu…”
Penyelia Jururawat lesap RM380,000 lepas tekan butang suka di Instagram, ditipu ‘scammer’ hidup-hidup

Leave a Comment