Isteri bersama dua saksi mengesahkan pemergian suami, pasangan ‘bangkit’ semula menuntut hak selepas 28 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri bersama dua saksi mengesahkan pemergian suami, pasangan ‘bangkit’ semula menuntut hak selepas 28 tahun.

SEORANG lelaki berusia 71 tahun dari wilayah Tocantins Brazil telah disahkan meninggal dunia pada 1995, berdasarkan keterangan bekas isteri dan dua saksinya.

Susulan itu, dia menghabiskan 28 tahun berikutnya sebagai ‘orang mati’.

Pada 16 Ogos, Manoel Marciano da Silva akhirnya telah membatalkan sijil kematiannya selepas perbicaraan di mahkamah selama dua tahun.

Kepada pihak berkuasa Brazil, dia telah mati dan dikebumikan di tanah perkuburan awam Augustinópolis, di Tocantins, selama 28 tahun, tetapi ini hanya menjadi masalah kepada lelaki itu sendiri kira-kira dua tahun lalu, apabila dia tidak dapat mengutip pencennya dan dapat tidak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan percuma berdasarkan insuransnya.

Ketika itulah dia mula menyiasat ‘kematiannya’ dan mengetahui bahawa bekas isterinya dan dua saksi telah mengisytiharkan dia mati kepada pihak berkuasa.

Tidak jelas mengapa bekas isteri Manoel melakukannya pada tahun 1995, tetapi dia mendakwa hanya mengetahui perkara tersebut pada 2012, apabila dia cuba mengundi dalam pilihan raya tempatan.

Pada masa itu, dia tidak begitu mengambil berat mengenainya, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, status kematiannya mula menjejaskan hidup dengan lebih ketara.

Isteri bersama dua saksi mengesahkan pemergian suami, pasangan 'bangkit' semula menuntut hak selepas 28 tahun

Disebabkan kehilangan pencen dan tidak dapat membuat temu janji perubatan, Manoel Marciano da Silva ‘kembali’ menuntut hak.

Dia akhirnya berjaya mengembalikan rekod selepas mendapatkan khidmat peguam di samping melakukan ujian cap jari.

BACA:
Penderma sperma cari anak kandung seramai 94 orang, sanggup berhenti kerja untuk realisasikan impian
Ilmu yang orang tengah hadapi selesema kena tahu, jangan hembus hingus terlalu kuat, ini sebabnya
Wanita terkejut jumpa bangkai cicak dalam paket kicap yang diguna, habis masakan satu periuk

Leave a Comment