TerasMalaysia

Isteri ‘disondol’ doktor lelaki masa bertugas di tanah suci, bagi ganjaran kalau jumpa untuk tindakan lanjut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri ‘disondol’ doktor lelaki masa bertugas di tanah suci, bagi ganjaran kalau jumpa untuk tindakan lanjut. Tular di media sosial seorang pengguna Facebook sedang mencari maklumat tempat kerja seorang doktor yang didakwa telah mengganggu rumah tangganya.

Menerusi perkongsian itu, dia menawarkan sagu hati sebanyak RM500 kepada pemberi maklumat kerana ianya digunakan bertujuan untuk tindakan mahkamah.

Kepada sesiapa yang mengenali suami isteri tersebut dan dapat bagi details tempat kerja please direct. PM. Saya bagi RM500 sagu hati. Tujuan untuk tindakan mahkamah. Mesti cari sampai dapat.

Individu ini juga telah menyertakan beberapa keping gambar lelaki yang dicari beserta laporan polis yang telah dibuat.

Dalam laporan itu, dia mendakwa isteri telah diganggu ketika bertugas di Mekah pada Jun 2022. Difahamkan, lelaki itu berpangkat doktor dan turut bertugas dalam tempoh itu.

Isteri 'disondol' doktor lelaki masa bertugas di tanah suci, bagi ganjaran kalau jumpa untuk tindakan lanjut

Dakwanya, dia menyedari isteri berlaku curang selepas membaca perbualan mesej di Whatsapp. Isi kandungan Whatsapp mendedahkan si doktor tahu bahawa si wanita sudah bersuami dan mempunyai anak tetapi tetap meluahkan perasaan.

Berdasarkan screenshot Whatsapp, isterinya juga dilihat membalas luahan perasaan apabila menjawab ‘love you too’.

Susulan itu, dia mahu pihak Tabung Haji serta Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua individu itu di atas dakwaan telah melakukan maksiat.

BACA:
Kelebihan pintu berpusing yang ramai tak tahu, selalu digunakan dekat bangunan yang besar
Lelaki terkejut jumpa rambut manusia celah batu nisan lepas ziarah kubur
Hanya beratur untuk pelanggan yang tak sabar menunggu, lelaki ini jana pendapatan RM900 sehari

Leave a Comment