TerasMalaysia

Isteri Hilang Pertimbangan Selepas Terjumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telefon Bimbit Milik Suami

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri Hilang Pertimbangan Selepas Terjumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telefon Bimbit Milik Suami

Seorang wanita didakwa memukul suaminya di sebuah lapangan terbang justeru dia mememui gambar lucah di telefon bimbit mangsa, minggu lepas.

Menerusi laporan New York Post, pasangan suami isteri itu sepatutnya akan bercuti ke South Carolina namun segalanya berakhir tanpa dijangka. Dipercayai, pasangan itu berhadapan dengan pertengkaran selepas suspek menemui gambar bogel di dalam telefon bimbit mangsa.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 2:50 petang (waktu tempatan) apabila suspek tidak dapat menahan perasan amarahnya apabila menjumpai gambar tersebut.

Susulan daripada itu, mangsa enggan mengaku dirinya diserang walaupun segalanya jelas terbukti menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) apabila mangsa ditendang di kaki, telefonnya dibaling ke lantai dan suspek cuba untuk memukul mangsa di bahagian muka.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, suspek mengaku atas tuduhan yang dijatuhkan ke atasnya dan ditahan atas keganasan yang dilakukan. Namun, suspek akhirnya dibebaskan sehari kemudian dengan ikat jamin sebanyak AS$5,237 (RM23,166).

Warga Emas Rugi Lebih RM11,000, Ditipu Tukang Cat

Leave a Comment