TerasMalaysia

Isteri layan lelaki lain masa suami sibuk bekerja, kantoi perbuatan tersebut dengan anak sulong

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri layan lelaki lain masa suami sibuk bekerja, kantoi perbuatan tersebut dengan anak sulong. Seorang individu kecewa apabila mengetahui ibunya curang dan kerap ‘melayan’ lelaki lain yang dikenalinya melalui aplikasi TikTok.

Menurut individu yang juga anak sulung itu, dia buntu dan tertekan dengan situasi tersebut selain meminta pandangan orang ramai mengenai tindakan yang perlu diambil.

“Mak saya baru kantoi ’melayan’ lelaki lain, kenal di aplikasi TikTok. Saya tak tahu nak buat macam mana sebagai anak sulung.

Tambahnya, dia juga nekad untuk menegur perbuatan ibunya tetapi malang, apabila ibunya tidak mengakui perlakuannya walaupun sudah diketahui.

“Hari tu saya nekad untuk tegur dia sebab saya rasa tak boleh nak hadap. Saya WhatsApp dan tegur untuk berubah. Apa yang sedihnya, dia sanggup bersumpah, junjung al-Quran, dia tetap menafikan,” luahnya.

Isteri layan lelaki lain masa suami sibuk bekerja, kantoi perbuatan terkutuk dengan anak sulong

Menurutnya, dia berasa simpati terhadap bapanya yang penat keluar mencari rezeki tetapi isterinya sebaliknya dan perkara ini bukan kali pertama terjadi.

“Apa yang perlu saya buat sebagai seorang anak? Saya ingatkan dia dah berubah, tapi sekarang lagi teruk. Yang terbaru, kantoi melayan lelaki, bukan seorang tetapi banyak lelaki,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihatkan individu terbabit supaya menceritakan perkara berkenaan terus kepada bapanya.

“Beritahu saja bapa, tapi kena siap sedia dengan kesannya. Lagi satu kalau nak bagitahu kena ada bukti, takut bapa awak tak percaya,” komen Jinie.

BACA:
Pasangan kembar ini buat Permaisuri Agong keliru, ingat bagi ijazah dekat orang yang sama
Wanita kerasukan musnahkan pokok jiran dirakam melalui CCTV, digesa bayar RM4000
Pelakon umur 22 tahun ini menjadi ‘viral’ lepas video lucah tersebar, baju yang dipakai memang sama

Leave a Comment