Isteri lihat suami selamba bawa perempuan lain masuk rumah, tak sangka rupanya terkena sihir penunduk
Sebagai seorang yang beragama Islam kita memang berpegang kuat pada ajaran agama. Tapi, tak dinafikan ada juga antara manusia yang telah menyimpang dari ajaran agama Islam.
Sanggup melakukan apa saja untuk menuntut ilmu-ilmu khurafat. Memang dilaknat orang-orang yang menyimpang dari ajaran Islam. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan sesuatu, usaha dulu jangan nak cari jalan mudah.
Itulah dugaan berat yang terpaksa ditanggung oleh seorang wanita ini apabila hidupnya merana selepas terkena ilmu pengasih dan sihir penunduk suaminya. Lelaki terbabit kuat berfoya-foya sehingga kerap membawa pulang perempuan lain ke rumah, namun si isteri tidak merasa marah dan cemburu langsung dengan perselingkuhan yang disaksikan depan mata kepala sendiri.
Jelas wanita ini, setiap hari suaminya akan membaca mantera dan menyembah makhluk lain bagi memastikan ‘ilmunya’ menjadi. Saat cuba melawan, lelaki itu akan bertindak agresif dengan melakukan pelbagai kekerasan terhadap isterinya tanpa belas kasihan.
Menerusi video seorang perawat Islam yang dikongsikan di TikTok, terlihat situasi tegang saat wanita malang itu sedang dirukyah.