Isteri Parking Kereta Sampai ‘Cium’ Grill Pintu Rumah Buat Si Suami Kecut Perut
Bila sebut sahaja pemandu perempuan memandu kereta, macam-macam perkara terlintas di kepala. Biasanya, golongan wanita memang dianggap tidak cekap dalam pemanduan dan sering melakukan kesalahan yang kadang-kala tak masuk akal. Bukan sahaja ketika memandu, tetapi kita boleh lihat pelbagai reaksi golongan ini ketika memasuki petak parkir.
Sama juga seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang lelaki berkongsi cara isterinya parking kereta telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @abdulzameen, kelihatan dia menunjukkan keadaan keretanya yang parking di garage
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila si isteri parking kereta terlalu rapat sehingga terkena grill pintu rumah mereka.
Situasi itu membuatkan rata-rata netizen terhibur melihatnya. Malah netizen khususnya para wanita, rata-ratanya memberi respon lucu “itu salah grill, bukan kereta”.
Baca : Mak Cik Ini Bawa Kereta Drift Siap Pusing Corner Jadi Tumpuan Ramai