Isteri pelik dengan sikap suami, malas membantu dan kuat tidur, semua terbongkar masa tengok telefon. BERTUAHNYA jika seseorang wanita dikurniakan suami yang bukan sahaja bertanggungjawab dalam soal nafkah, malah ringan tulang menguruskan soal rumah tangga.
Tidak semua golongan lelaki gemar atau sukarela membantu isterinya di rumah kerana merasakan ia adalah tanggungjawab hakiki wanita.
Bagi lelaki seperti ini, mereka berpandangan seorang suami hanya perlu keluar mencari nafkah dan menyediakan keperluan rumah tangga sahaja.
Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang meluahkan rasa sedih dengan sikap berat tulang suaminya.
Dek kerana terlalu penat menguruskan urusan rumah tangga seorang diri, dia terlintas untuk berpisah dengan suaminya.
Tidak wajar seorang suami langsung tidak membantu isterinya melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan
“Aku tak kerja, ada anak kecil berusia setahun. Laki aku kerja office hour. Tengah hari balik rumah rehat sejam, dia balik mesti tidur. Petang balik kerja pukul 5 lebih, main phone kejap selepas itu tidur.
“Kadang tu sampai maghrib, tak pun pukul 8 baru bangun kalau aku tak kejut. Dia penat sangat ke? Entahlah. Aku tak tahu patut compare atau tak.
“Walaupun aku duduk rumah, aku jarang tidur. Anak aku tidur pun aku tak tidur sebab kemas rumah, tak pun memasak atau tengok phone.
“Kalau aku minta tolong mandikan anak, atau tengokkan anak, mesti utamakan tidur dia dulu sampai kadang tu aku pergi mandikan anak sebab malas gaduh,” luahnya.
Lepas balik kerja je, tidur. Nak minta tolong pon macam mengemis dgn suami sendiri.
Kalau aku nak cari kerja, tinggalkan dia. Boleh tak? pic.twitter.com/owbnwpltfE
— TwtWedding (@twtmalaywedding) May 7, 2023
Tidak sekadar enggan membantu menguruskan anak, si suami juga dakwanya langsung tidak ‘teringin’ untuk meringankan tugasnya melakukan kerja rumah.
Ujarnya, dia sudah pun menyuarakan perkara tersebut beberapa kali namun berakhir dengan pergaduhan.
“Kerja rumah tak payah cakaplah. Dia buang sampah je. Nak harap tolong kemas mainan anak pun kena suruh.
“Aku sedih sebab aku rasa macam kurang kasih sayang. Nak minta tolong macam mengemis dengan laki (suami) sendiri.
“Sanggup dia bergaduh sebab malas nak tolong bini (isteri), malas nak handle anak. Belum aku cerita bab solat,” luahnya lagi.
Belum pun terubat rasa sedih kerana sikap pemalas suami, wanita ini berkata dia dikejutkan pula dengan perangai ‘gatal’ lelaki berkenaan, baru-baru ini.
“Hari ini kantoi sex chat dengan perempuan mana entah. I’m done.
Beritahu cara nak bercerai macam mana please. Aku dah penat Google,” tulisnya mengakhiri luahan.
Coretan wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu dihantar menerusi Direct Message (DM) akaun Twitter @twtmalaywedding bagi meminta pandangan warga maya.
Menjengah ruangan komen, rata-ratanya menyarankan wanita tersebut agar menyuarakan masalahnya kepada saluran yang sepatutnya terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat serta kaunseling.
Namun, ada juga berpandangan supaya wanita berkenaan ‘mengundur diri’ daripada ikatan perkahwinan yang tidak mendapat kerjasama pasangan.
“Pertama sekali, tolong cari kerja dulu. Dah dapat kerja baru boleh confident nak cerai.
“Pergi mahkamah je, lelaki pemalas macam ni kena ajar sikit.
“Lelaki pemalas bodoh tak bertanggungjawab macam suami puan tak layak jadi wali apatah lagi jadi pemimpin. Percayalah, kalau dah sejak kecil dibentuk jadi pemalas, memang sampai tua dia akan pemalas,” demikian antara komen netizen.