Isteri pelik janda hujung lorong kerap hantar makanan kegemaran suami, tak sangka ini yang ditahu lepas selidik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri pelik janda hujung lorong kerap hantar makanan kegemaran suami, tak sangka ini yang ditahu lepas selidik.

JANGAN dipertikaikan naluri seorang isteri.

Sesungguhnya naluri isteri terhadap suami begitu kuat terutama apabila berlaku sesuatu yang tidak baik.

Begitu juga dengan kisah seorang isteri mengenai rumah tangganya sebaik seorang ibu tunggal menyewa di sebuah rumah di kawasan perumahan mereka.

“Suami balik rumah beritahu ada penyewa baharu di rumah yang terletak di hujung lorong. Penyewanya seorang janda beranak satu.

“Tak tahu apa motif suami cerita dekat aku dan tak berminat nak tahu. Tapi akhirnya bertemu juga kerana tinggal di kawasan perumahan yang sama,” katanya menerusi perkongsian video.

Isteri pelik janda hujung lorong kerap hantar makanan kegemaran suami, tak sangka ini yang ditahu lepas selidik

Mengimbas kembali permulaan kisah pada 2005 itu, kunjungan jiran wanitanya yang secara tiba-tiba datang ke rumahnya kerana mahu berkenalan menjadi tanda-tanya.

“Biasanya kalau nak berkenalan, mesti dia akan berkenalan dengan rumah jiran sebelah, kiri kanan, depan belakang. Rumah aku ni jauh, jadi aku pelik.

“Aku semakin hairan dengan sikap jiran baharu ni kerana sering hantar makanan ke rumah. Lebih menghairankan kebanyakan makanan yang dibawa merupakan kesukaan suami.

“Selang dua, tiga hari dia akan datang bawa makanan ke rumah aku. Dia bawa kuih, nasi. Aku tanya suami, kenal ke perempuan ni? Kenapa dia baik sangat dengan kita? Makanan dia bawa tu semua kegemaran abang,” soalnya.

Namun suaminya marah apabila bertanyakan soalan sebegitu, sekali gus membuatkan dia semakin curiga dan cuba mendapatkan kepastian dengan bertanya pada jiran-jiran.

‘Penyiasatan’ itu bagaimanapun sampai ke pengetahuan suaminya sehingga mencetuskan pertelingkahan dan suaminya dilihat seperti mempertahankan si janda itu.

“Awak ni kenapa, pergi tanya jiran-jiran? Dia bukan baik dengan kita tapi baik dengan semua orang. Dia orang bisnes jadi banyak duit, dia nak berbaik dengan jiran-jiran,” katanya yang kemudian memutuskan untuk tidak mengendahkan keanehan yang berlaku.

Keadaan itu berlarutan selama lebih setahun sehingga dia menerima berita yang mengejutkan daripada rakannya yang mendakwa terlihat suaminya bersama seorang wanita di bandar.

“Digambarkan seperti jiran yang baik hati tu. Aku mula syak sama ada suami aku bercinta dengan dia atau dia isteri suami aku. Hati aku dah geram, malam tu aku tanya suami, abang ada kahwin lain ke?

“Kalau abang kahwin lain, cakap je dekat saya. Buat apa nak sorok-sorok sebab ramai ni orang dah beritahu saya. Kalau awak kahwin lain, beritahu saya,” katanya.

Sebaik mendapat ‘lampu hijau’, suaminya terus menghubungi seorang wanita dan meminta datang ke rumah memandangkan hubungan mereka akhirnya dihidu isteri.

“Kau tahu siapa yang datang? Terkejut beruk aku, memang janda sebelah tu dan rupa-rupanya masa dia mula-mula datang tu, mereka dah kahwin. Memang suami sengaja letakkan dia kat situ supaya dekat dan senang untuk berulang-alik.

“Patutlah baik semacam, bagi makanan semua. Tapi suami kata dua-dua isteri dia, saya sayang awak, saya sayang dia. Jadi, sekarang ni berdamailah kamu berdua,” ujarnya mengimbas kembali kata-kata suaminya.

Walaupun pada mulanya panas hati di atas apa yang berlaku, lama-kelamaan dia reda dengan kehidupan bermadu, namun isteri kedua mula menunjukkan ‘belang’ mengongkong suaminya.

“Laki aku mula minta izin untuk buat giliran (bermalam). Isteri kedua pula semakin berlagak, siap cakap dia mampu ada duit boleh tanggung aku dan suami.

“Heboh satu kampung pasal suami aku kahwin lain, tapi nampak aku yang tak baik sebab aku yang mengamuk, marah-marah. Depan semua orang, dia buat baik dan semua puji dia.

“Dia siap menjaja cerita kat orang kampung yang dia tanggung aku sekeluarga. Orang kampung cakap aku tak bersyukur dah dapat madu yang baik, beri duit lagi,” katanya dengan nada kesal.

BACA:
Taman yang paling bahaya di dunia, memiliki 100 tumbuh-tumbuhan yang toksik dan boleh membawa maut
Berang anak didenda kerana tak hadir solat berjemaah, ibu bapa saman cikgu RM15,000
Lelaki jumpa surat wasiat kawan, terkejut dapat tahu didera bekas isteri, diberi bangkai ikan dan kencing dalam baldi

 

Leave a Comment