Isteri sedih 14 tahun kahwin tak pernah beraya dengan keluarga – suami ugut jatuh talak kalau ingkar
Sejak mendirikan rumah tangga, seorang wanita tidak pernah berpeluang untuk meraikan hari raya pertama bersama keluarga.
Hal ini kerana, suaminya enggan menyambut 1 Syawal bersama keluarganya walaupun tinggal di daerah yang sama.
Oleh yang demikian, wanita itu terpaksa berkorban selama 14 tahun dan menyambut hari raya pertama di rumah keluarga suami.
Memburukkan keadaan, suaminya itu sanggup melafaz taklik sekiranya isteri bertindak pulang sendirian ke rumah keluarganya.
“Suami saya kata kalau saya berkeras nak balik rumah mak saya, raya pertama jatuh talak. Dah 14 tahun kahwin, tak pernah raya pertama dengan keluarga saya.
“Padahal keluarga saya di KL (Kuala Lumpur) je, kami duk Ampang. Apa salahnya kali ini singgah raya sekejap di rumah mak saya. Pastu balik Kedah (keluarga suami),” luahnya.
Kekesalan wanita tersebut kemudian dikongsikan pengguna lain menerusi satu hantaran di laman Twitter.
Rata-rata pembaca kecewa dengan sikap suami itu dan ada juga individu berpendapat masalah tersebut patut dibincangkan sebelum berkahwin.
“Ingat ya. Taklik tak boleh ditarik balik sampai bila-bila. Syarat (lafaz taklik) akan kekal sampai bila-bila,” kongsi seorang pengguna.
“Sebelum kahwin tu, tanya siap-siap giliran Raya macam mana. Bergilir atau rumah mak awak je setiap tahun.” Kongsi pengguna lain.