Isteri terjah majlis kahwin suami lepas 2 tahun hilang tanpa berita, hampir ditumbuk dan dicekik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri terjah majlis kahwin suami lepas 2 tahun hilang tanpa berita, hampir ditumbuk dan dicekik

Tidak semua yang beruntung memiliki perkahwinan yang harmoni dan kekal sehingga akhir hayat. Banyak rumahtangga yang diuji dengan orang ketiga dalam perkahwinan. Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita telah bertindak menerjah perkahwinan kedua suaminya.

Wanita tersebut tidak menyangka bahawa suaminya akan menikah lagi setelah dua tahun menghilang dan tidak memberikan sebarang nafkah kepadanya dan anak-anak. Wanita tersebut mengetahui perkahwinan tersebut apabila rakan-rakannya menjumpai kad undangan perkahwinan suaminya di laman sosial Facebook. Namun, kad undangan perkahwinan tersebut cuma mempunyai tarikh resepsi dan tiada tarikh akad nikah. Kemungkinan, suaminya sudah sah bernikah.

Wanita tersebut yang bernama Sisil berang dan pergi ke majlis tersebut untuk menyatakan kekecewaanya. Namun, keluarga suaminya berang melihat wanita itu sedang marah. Wanita tersebut nyaris ditumbuk dan diugut oleh keluarga suaminya. Mereka menyuruh wanita itu menyelesaikan perkara tersebut di pengadilan. Namun, rakan kepada Sisil tersebut memberitahu bahawa wanita itu berhak untuk marah kerana dia masih isteri yang sah.

Ekoran daripada kekecohan itu, suami wanita tersebut berkata akan menceraikannya. Wanita itu juga berkata, suaminya tidak pulang kerumah sejak dia melahirkan anak kedua. Bahkan dia ada menghubungi lelaki tersebut selepas bersalin untuk menyuruhnya mengazankan anak mereka yang baru lahir. Tetapi, suaminya enggan. Apa yang lebih mengejutkan, suami dengan isteri barunya juga sudah mempunyai anak yang sebaya dengan anak keduanya itu.

Baca : Penyelidik jadi kaya lepas jumpa ’emas terapung’ bernilai RM2.5 juta dalam perut ikan paus

Leave a Comment