TerasMalaysia

Isteri terkejut dapat jemputan kahwin di Facebook, nekad serang minta nafkah lepas suami ‘hilang’ 3 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri terkejut dapat jemputan kahwin di Facebook, nekad serang minta nafkah lepas suami ‘hilang’ 3 tahun. Majlis perkahwinan seorang penduduk kampung kecoh dengan kemunculan wanita yang tiba-tiba mengaku sebagai isteri yang sah kepada pengantin lelaki.

Tak cerai isteri pertama

Memetik laporan Mistar, kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di Desa Sidomukti, Asahan di Indonesia itu tular di Facebook. Video tersebut memaparkan seorang wanita berbaju hitam membuat kacau di majlis tersebut dengan membawa seorang kanak-kanak yang dipercayai anaknya.

Wanita yang dikenali sebagai Silvia itu menjerit dan meminta suaminya untuk memberi nafkah kepada anak mereka.

Sementara itu, beberapa orang individu di situ dilihat cuba untuk menenangkan Silvia dan menyuruhnya pulang.

Isteri terkejut dapat jemputan kahwin di Facebook, nekad serang minta nafkah lepas suami 'hilang' 3 tahun

Dalam satu kenyataan, Silvia menjelaskan bahawa dia nekad untuk bertindak sedemikian kerana suaminya didakwa tidak menceraikannya dan kemudian berkahwin dua.

Dia meninggalkan saya dan anak-anak sudah tiga tahun iaitu ketika saya mengandungkan anak kedua.

Silvia mendakwa sepanjang tiga tahun ditinggalkan, suaminya tidak pernah memberi nafkah. Ekoran itu, kemarahannya memuncak apabila dia mengetahui suaminya akan berkahwin lagi.

Saya dapat tahu dia ada majlis perkahwinan melalui jemputan di Facebook, jadi saya tak boleh terima diperlakukan seperti ini.

Susulan itu, Silvia kemudian membuat laporan polis terhadap suaminya berhubung dakwaan pengabaian anak.

BACA:
“Aku seorang doktor di kawasan terpencil, hanya kerana satu kes, klinik aku dipenuhi 30 orang lelaki dalam satu hari”
Peniaga pasrah ditipu pelanggan, tak nampak bayang lepas ‘order’ 720 set makanan untuk askar
YB kantoi main judi online masa tunggu sidang wakil rakyat, dirakam secara langsung dalam dewan

Leave a Comment