Isteri Terkejut Suami Kenalkan Madu Lepas Bangun Dari Koma

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri Terkejut Suami Kenalkan Madu Lepas Bangun Dari Koma. Assalamualaikum. Hi, Aku Hanisah. Adik bongsu dari 6 beradik. Yang sulung abang. Yang lain semua kakak.

Aku sekadar nak berkongsi cerita, meluah rasa, sebab semua orang dalam family aku decided not to comment anything.

Along aku seorang doctor, hensem, baik, sangat bertanggungjawab. Mid thirties. Dulunya seorang lelaki yang sangat mesra, peramah, dalam lembut ada tegas dia. Biasalah anak sulung kan. Along aku dah berkeluarga. Ada isteri, ada anak.

10 tahun lepas, Banglong aku berkahwin dengan Kak Mira. Kak Mira memang dah lama bercinta dengan Along.

Sejak zaman sekolah lagi. Along aku sayang sangat Kak Mira. Walaupon lambat dapat anak tapi diaorang sangat bahagia.

Tahun 2014 kami dapat berita gembira. Kak Mira mengandung. Along aku buat kenduri kesyukuran macam kenduri kahwin. Along aku sangat gembira.

Isteri Terkejut Suami Kenalkan Madu Lepas Bangun Dari Koma

Along aku tatang Kak Mira macam puteri. Satu benda pon tak bagi buat. Hanya fokus dekat baby dalam perut je. Tahun 2015, Kak Mira melahirkan seorang baby perempuan. Arissa. Comel. Sihat. Sempurna sifat. Kehadiran Arissa sangat kami nantikan.

Masa umur Arissa 2 minggu, Kak Mira jatuh tangga dekat kampung parents dia. Kak Mira koma. Lama. Masatu Along aku ibarat mat ti separuh nyaawa.

Sejak tu Along aku berubah. Kami “hilang” Along kami. Along aku jadi pendiam, cakap bila perlu sahaja.

Dah tak pernah senyum, gelak apetah lagi. Muka macam orang tak ada perasaan je.

Raya 2016, Along aku kahwin lagi. Kahwin dengan Alin. Alin ni kire macam dua pupu aku.

Masa tu dia baru sangat habis degree. Parents dia nak sangat Along kahwin dengan Alin. Along aku pon tak menolak.

Perkahwinan Along dan Alin sangat sangat simple. Tak ada kenduri langsung. Sekadar panggil adik beradik rapat, buat makan makan. Itu saje.

Alin dan Along skip honeymoon. Alasannya sebab Along busy kerja. Alin juga tak banyak meminta, mungkin sebab dia tahu dia bukan pilihan Along aku.

Hubungan diaorang sangat suram. Sekadar tinggal sebumbung, tidur sebilik je.

Makcik pakcik aku selalu mengata pasal family Alin nak kikis harta Along. Tapi Alin langsung tak pernah komen ape apa. Tak pernah marah, tak pernah melenting.

Sejak Alin kahwin dengan Along, hidup dia fokus dekat Along dan Arissa saja. Diaorang hanya cakap bila perlu sahaja. Mostly pasal hal keperluan Arissa. Tak ada gurau antara diaorang. Tak ada gelak gelak, usik usik. Dua2 hidup macam tak ada perasaan.

Tiap kali Along dan Alin balik raya rumah mak. Alin akan tidur dengan aku dan kakak kakak.

Tugas Alin lebih kurang macam care taker. Alin akan makesure semua benda lengkap. Bila Along aku nak mandi, dia akan keluarkan baju, boxer, kain letak siap siap atas katil.

Bila Along aku nak makan, dia akan makesure makanan panas dan hidangkan untuk Along aku. Walaupon dia muda (beza umur 10 tahun dari Along) tapi dia sangat cekap buat kerja rumah. Masak pon tiptop.

Layanan Along aku pada Alin sangat suram. Sangat berbeza dengan layanan Along pada Kak Mira dulu.

Dulu, Along aku buat semuanya untuk Kak Mira. Along aku suka mengusik, suka bergurau. Manja dengan Kak Mira.

Along aku selalu buat surprise, selalu ada masa untuk family. Tapi tidak dengan Alin. Diaorang tak benci sesama sendiri, cumanya nampak macam tak bahagia.

Aku ingat lagi, dulu (sekitar hujung tahun 2016 – musim budak universiti konvo). Aku tanya Alin, bila dia konvo, sebab aku nak ambil cuti.

Nak meraikan sama2. Dan dia reply, “minggu lepas”. Bila aku tanya kenapa tak pergi konvo, dia cakap “lupa”.

Mustahil sangat Alin lupa hari konvo dia. Alin pelajar cemerlang, degree first class. Tapi dia give up everything sebab dia nak fokus dekat Arissa.

Ataupun, mungkin dia takut kalau Along aku terpaksa ambil cuti untuk konvo dia. Mungkin dia takut dia membebankan Along aku.

Alin seorang yang sangat thoughtful. Berdikari. Dia akan sedaya upaya buat semua benda sendiri.

Cat rumah sendiri. Lampu rosak, dia panjat betulkan sendiri. Paip dripping dia google cara baiki sendiri.

Tayar kereta pecah, dia call pomen mintak tolong tukarkan. Sikit pon dia tak kacau Along aku. Dia hanya kacau Along aku bila melibatkan Arissa je.

Bila Arissa tak sihat, dia cepat cepat call Along aku, kalau Along tak angkat, dia akan call mak. Mak akan call Along dan inform.

Kalau Alin tak sihat, dia akan gigihkan diri hantar Arissa balik rumah mak, dan dia pergi hospital sorang sorang.

Bila dia dah sihat baru dia cerita dekat mak dan aku. Dia tak nak Arissa terjangkit. Dia sayang sangat dekat Arissa. Arissa pon rapat sangat dengan Alin.

Muka Arissa ni hampir seiras macam muka Alin, walaupon bukan anak kandung Alin. Manja, bijak, cantik, dan mudah terhibur. Sikit sikit cari Alin.

Raya tahun lepas, Along dan Alin macam mesra lebih sikit. Dah nampak macam boleh senyum sikit. Masa dekat dapur, aku pernah dengar mak tegur Alin sebab Alin makan morning after pill.

Mak suruh Alin stop makan ubat apa apa. Mak suruh Alin mengandung. Mak cakap anak ni pengerat hubungan.

Mak cakap, kalau ada anak dengan Alin, mungkin Along aku akan berubah jadi macam dulu balik. Tapi, Alin ni senyum je. Dia cakap, Arissa sorang pon dah cukup kot.

Along aku sayang Arissa sangat. Semua orang nampak benda tu. Sayang yang tak berbelah bahagi. Arissa ni dunia Along aku.

Alin cakap Along aku baik, tak pernah marah dia, semua cukup. Makan, pakai, tempat tinggal selesa. Cukup untuk Alin.

Tapi, jujur aku katakan. Hubungan diaorang sekadar suami dan isteri, dulu tak nampak sayang dalam hubungan.

Sekarang baru nampak macam ade sayang sikit, macam baru nak start. Tapi tak semesra macam Along dengan Kak Mira dulu.

Alin sangat pandai pendam perasaan. Tapi tak pernah sekali pon dia burukkan Along aku.

Hujung tahun lepas, Kak Mira sedar dari koma. Almost 5 tahun dia koma, dan sekarang dia dah sedar kembali.

Semua orang terkejut. Along aku ambil cuti lama, sebab nak luangkan masa dengan Kak Mira.

Along hantar Alin dan Arissa balik rumah mak, dan Along aku bawak Kak Mira balik rumah diaorang.

Kadang kadang Along balik rumah mak. Rindu Alin, rindu Arissa agaknya. Bila keadaan dah okay, Along bawak Kak Mira ziarah rumah mak.

Masa dekat rumah mak, Alin banyak sibukkan diri dekat dapur. Masa Kak Mira nampak Alin, kami semua diam, tunggu Along aku kenalkan Alin dekat Kak Mira sendiri. Tapi Alin ni sangat pandai jaga hati orang sekeliling.

Before Along aku sempat cakap apa apa. Alin bukak mulut, dia kata dua pupu kitorang. Tengah menganggur sekarang, so tumpang duduk rumah mak aku jap.

Tbh, masa tu, tak ada seorang pon yang bukak mulut. Along aku pon diam je. Mak aku langsung tak cakap apa apa.

Malam tu, Kakngah aku masuk bilik, dia tanya Alin, kenapa tak biarkan Along terus terang je. Dan Ain cakap dia paham Along aku mesti rasa bersalah.

Alin sangat tenang, dia senyum, dan dia cakap, Along aku sayang Kak Mira sangat sangat.

Dia kadang kadang jeles dengan Kak Mira, dalam koma pon masih ada family dan suami yang setia tunggu.

Now, Kak Mira dah bangun, Alin cakap dia taknak kacau Along aku dengan Kak Mira. Dia cakap, Along aku banyak tolong family dia. Dia hargai sangat jasa Along aku.

Dia cakap, dia nak permudahkan urusan Along aku. Dia takkan susahkan Along aku. Kami adik beradik tak berani nak masuk campur hal rumah tangga diaorang. Masing masing hanya mampu cakap dalam bilik saje.

Awal tahun ni, Kak Mira datang rumah mak. Dia datang sorang je. Masa ni Kak Mira dah kuat sikit, dah boleh jalan macam biasa.

Dia serang Alin. Perampas katanya. Alin sikit pon tak melawan. Kena tolak, kena tampar, kena maki.

Kami cuba leraikan tapi perempuan kalau dah marah, semua dia libas. Arissa pon jadi takut. Arissa lari peluk Alin.

Pastu panggil “Mama2”. Kak Mira jadi bertambah marah, dia panggil kami semua penipu, dia cuba pijak Alin.

Aku tak ingat ape aku buat masa tu, yang aku sedar aku tolak Kak Mira sampai jatuh dan aku nampak mak dah terkulai baring peluk Alin, Kakngah peluk mak, protect mak dari kena libas. Cepat cepat aku call Along suruh balik.

Malam tu, kami semua duduk dalam bilik mak. Semua tak larat. Kaknjang aku dan Kakteh aku balik rumah mak sebab nak jaga kami.

Takut kalau jadi apa apa. Semua diam membisu. Tiba tiba Arissa pergi baring dekat perut Alin, dia cakap. “Baby tidur mama”.

Masatu mak aku cepat cepat pegang perut Alin. Mak aku menangis teresak esak. Kami semua terkejut.

Tapi Alin sangat tenang, dia duduk dan dia cakap,

“Korang tolong jangan bagi tahu Along ye”.

Alin dah mintak cerrai dekat Along tapi Along aku langsung tak respon. Mungkin sebab Along aku busy dengan Kak Mira.

Before PKP, Along aku ada balik rumah mak. Tapi Alin langsung tak keluar bilik. Along sembang dengan mak.

Mak tanya Along pasal Alin mintak cerrai. Along aku diam seribu bahasa. Langsung tak respon.

Mak aku tanya lagi, tekan tekan Along aku. Sampai Along aku cakap,

“Dia mengandung mak. Dia isteri Abang, Abang tahu”.

Alin fikir Along aku tak tahu dia mengandung, tapi sebenarnya Along aku tahu.

Mak aku jadi marah dekat Along sampai mak cakap Along tak sayang Alin langsung. Tapi Along aku tenang, langsung tak melenting, Along cakap,

“Kalau tak sayang, Abang tak sentuh dia mak”. Mak aku terdiam.

Along aku makan nasik macam biasa, dia naik bilik nak tengok Alin. Tapi Alin tak bukak pintu.

Along aku cium Arissa lepas tu dia balik. Sejak tu Along aku tak pernah singgah rumah mak sebab dah start PKP.

Sejak PKP ni, Along mula whatsapp aku, tanya pasal Alin. Kadang kadang pukul 2-3 pagi, dia tanya kalau Alin ada mengidam apa apa.

Along aku selalu bagi tips jaga kandungan, dia suruh aku forward dekat Alin. Sampai satu tahap aku naik rimas.

Aku suruh Along whatsapp Alin personal. Tapi Along buat tak tahu je. Dah kena block agaknye.

Along bankin duit beribu dekat aku, dia suruh aku beli bantal orang mengandung. Dia suruh aku order katil baru, yang besar sebab Alin selalu tidur atas toto je.

Kalau Alin mengidam apa apa, dia mintak aku usahakan, cari sampai dapat. Sebab Along aku dah dewasa, so duit bukan halangan.

Tiap kali Along video call dengan Arissa mesti dia akan tanya Arissa, “mama mana?, sayang mama jap”.

Pastu Arissa pon terkedek kedek laa cari si Alin sebab nak cium. Setiap soalan Along tanya Arissa, mesti akan berkait dengan Alin.

Kami suka kalau Along dengan Kak Mira, sebab Along aku jadi diri dia semula. Happy je. Dan kami jugak sangat suka kalau Along dengan Alin. Makan pakai terjaga. Arissa sayang betul dekat Alin.

Tbh, Along sayang dekat Alin. Cumanya dia tak reti tunjuk. Mungkin sebab Alin bukan pilihan dia.

Lagipon Kak Mira dah sihat. Mesti susah untuk Along aku buat keputusan. Alin rela berpisah, Kak Mira pula tak sudi di dua kan. Tapi Banglong aku sayang dua dua.

Along aku lelaki yang sangat baik. Kak Mira perempuan yang baik. Alin jugak perempuan yang baik. Aku harap lepas habis PKP ni, ada sinar bahagia untuk dia orang semua.

Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya especially pasal Arissa dengan Kak Mira.

Tapi post ni pon dah cukup panjang, so aku skip jelah pasal Arissa ni. Aku harap readers dapat doakan kesejahteraan family aku. Semoga semua baik2 saja.

BACA:

Mayat Kanak-Kanak OKU Ditemui Dalam Semak Dibunuh Kekasih Ibu

Suami Sengaja Cari Salah Isteri Semata-Mata Nak Dapat ‘Greenlight’ Kahwin Bekas Kekasih

Akibat Cemburu, Suami Sanggup Belajar Buat Bom Melalui Youtube

Leave a Comment