Isteri terkilan dengan perangai suami, ketagih onani sampai tidak bekerja dan biarkan anak-anak makan lauk garam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri terkilan dengan perangai suami, ketagih onani sampai tidak bekerja dan biarkan anak-anak makan lauk garam.

Seorang suami yang sering melakukan onani sehingga tidak dapat bekerja menyebabkan isteri dan enam orang anaknya makan hati.

Kejadian itu didedahkan peguam syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail menerusi satu hantaran di Facebook.

Muhammad Amirul berkata, kisah tersebut antara yang memberikan kesan terhadap dirinya sebagai pengamal undang-undang syariah yang dikatakan terjadi pada awal tahun ini.

“Wanita ini makan nasi berlaukkan garam bersama anak-anak yang masih kecil berusia antara 3 hingga 8 tahun.

“Dia merupakan seorang pekerja tukang cuci yang bergaji sekitar RM1,000 sebulan bagi menanggung enam orang anak dan seorang suami yang tidak bekerja,” katanya.

Isteri terkilan dengan perangai suami, ketagih onani sampai tidak bekerja dan biarkan anak-anak makan lauk garam

Ketika Muhammad Amirul menemu bual wanita tersebut, dia berkata, ketagihan onani yang dialami suaminya adalah berpunca daripada pengambilan kerap dadah jenis syabu.

“Suami saya ini ada ketagihan selalu nak kena beronani. Dia buat lebih 10 kali sehari sehingga penat. Dah penat, tak boleh bangun pergi kerja. Itulah kitaran hidup dia selama kami berkahwin.

“Dia juga ada hisap syabu sehingga saya tak terlayan dengan keperluan nafsu dia. Dalam enam tahun perkahwinan, setiap tahun kami dapat anak.

“Jadi ada juga silap saya sebab saya biarkan dia lepas nafsu dengan beronani sampai dia tidak suka nak bersama saya sangat,” ujarnya.

Namun begitu, kata Muhammad Amirul, selepas prosiding pasangan tersebut selesai, dia masih terkilan yang mana pada 2023, masih ada orang yang makan nasi berlaukkan garam kerana sikap suami yang tidak bertanggungjawab.

“Kepada suami di luar sana. Jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya. Perancangan keluarga juga perlu ada,” jelasnya.

BACA:
Syarikat jamu hampir bungkus gara-gara staf sendiri, songlap duit hasil jualan RM400,000 siap selingkuh dengan suami sendiri
“Saya tak faham dengan orang-orang macam ni” – Doktor terkilan dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak sensitif isu Palestin
Penumpang e-hailing buka cerita sedih tentang pemandu, rupanya lakukan 3 pekerjaan demi menampung keluarga

Leave a Comment