TerasMalaysia

Isteri tunai hajat suami masak gulai seperti masakan mak, tak sangka pula ini yang jadi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Isteri tunai hajat suami masak gulai seperti masakan mak, tak sangka pula ini yang jadi

Disebabkan peningkatan kes Covid-19 di negara kita yang semakin meningkat saban hari, harapan untuk pulang beraya di kampung kelihatan semakin samar.

Jika tahun ini sama seperti tahun lepas, sudah 2 tahun berturut-turut mereka di perantauan tidak dapat beraya di kampung bersama ibu ayah dan sanak saudara yang lain.

Pasti ramai yang merindui masakan ibu di kampung lagi-lagi buat mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung. Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, suaminya menangis apabila si isteri memasak masakan yang sama seperti masakan ibunya.

Menurut video tersebut, difahamkan mereka tidak pulang ke kampung suaminya di Terengganu sejak awal PKP yang lalu.

Menerusi video itu juga, wanita itu berkongsikan suaminya sudah lama meminta masakan gulai ayam seperti masakan ibunya. Teringat rempah yang pernah diberikan oleh ibu mertuanya yang masih elok, lalu si isteri terus memasak gulai ayam seperti yang diminta oleh suami.

Apa yang lagi mengharukan, si suami menangis terharu lagi-lagi apabila mengetahui rempah masakan itu adalah pemberian ibunya.

Melihat ke ruangan komen, netizen turut tidak dapat menahan sebak melihat kerinduan seorang anak yang sudah lama tidak merasai masakan air tangan ibu.

Ada juga netizen yang turut berkongsikan pengalaman yang sama kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.

Sumber

Baca :ย Suami terkilan dapat tahu hal sebenar selepas 20 tahun, terbongkar sebab isterinya pakai seksi

Leave a Comment