TerasMalaysia

Jadi ‘pak turut’ kepada ibu mertua sampai habis puluhan ribu, wanita terkejut nampak seseorang kangkang atas nasi dalam bilik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jadi ‘pak turut’ kepada ibu mertua sampai habis puluhan ribu, wanita terkejut nampak seseorang kangkang atas nasi dalam bilik.

Menerusi filem atau drama televisyen, adegan nasi kangkang sering digambarkan sebagai satu bentuk ilmu guna-guna yang dilakukan para isteri untuk membuat si suami jadi Pak Turut. Setelah nasi panas dikangkangkan, mantera-mantera pelik akan dibaca untuk melengkapkan ritual terbabit. Walaupun zaman sudah moden, percayakah anda masih ada yang melakukan perbuatan khurafat ini?

Minta bukan setakat RM100-RM200…RM50,000 sekali minta


Menerusi akaun TikTok Rawatan Islam Negeri Sembilan, sebuah video mereka mengenai wanita (digelar Puan Ain) yang terkena sihir nasi kangkang telah viral sehingga meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan. Menurut penceritaan tuan badan sendiri, selama ini dia sentiasa akur jika ibu mentuaya meminta wang meskipun dalam jumlah yang sangat besar.

Mak mentua sampai suruh gadai emas & kereta untuk beri dekat dia


Walaupun sangat berat hati, entah mengapa dirinya seakan menjadi dungu dan selalu saja merelakan pemberian tersebut. Satu hari, Allah akhirnya menunjukkan kebenaran di sebalik semua itu. Asbab tertinggal telefon sewaktu keluar rumah, dia telah berpatah balik ke sana untuk mengambil gajet tersebut. Di sinilah segalanya terbongkar.

Jadi 'pak turut' kepada ibu mertua sampai habis puluhan ribu, wanita terkejut nampak seseorang kangkang atas nasi dalam bilik

Ain seakan ‘dipukau’ dengan nasi kangkang…Ibu mentua mahu kikis hartanya


Alangkah terkejut, Puan Ain secara tidak sengaja melihat ibu mentuanya berada dalam posisi mengangkang atas nasi panas. Barulah dia tahu kebodohannya memberikan duit berkepuk-kepuk selama ini merupakan kesan perbuatan sihir nasi kangkang oleh wanita tua tersebut.

BACA:
125 pekerja dikerah selepas sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya, hampir 20 tan sampah dikutip ambil masa 15 jam
Ustazah Asma’ dakwa hubungan intim bukan punca utama cerai, salah satu sebabnya adalah..
“Aku jadi buntu dengan perangai ibu, ambil macam-macam tapi aku yang kena bayar, masa nak kahwin lagi teruk aku kena”

Leave a Comment