TerasMalaysia

JAKIM dedah peratusan syarikat yang memiliki sijil halal dipegang oleh orang bukan islam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

JAKIM dedah peratusan syarikat yang memiliki sijil halal dipegang oleh orang bukan islam. Memiliki Sijil Pengesahan Halal terutama kepada syarikat yang mengeluarkan produk makanan dan minuman memudahkan orang ramai untuk menggunakan produk berkenaan tanpa was-was.

Kalau korang beranggapan bahawa kebanyakan produk yang memiliki sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah daripada usahawan bumiputera, mungkin korang silap selepas mengetahui pendedahan ini.

JAKIM baru-baru ini mendedahkan lebih 70% atau 165,026 daripada keseluruhan 229,204 produk yang mempunyai sijil halal di negara ini dimiliki oleh syarikat bukan Islam dan hanya 37,466 produk bumiputera.

Angka tersebut adalah untuk tempoh dari tahun 2021 hingga 10 April 2023 sekali gus menunjukkan usaha syarikat bukan Islam meraih perakuan sijil Halal JAKIM.

Kata Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik, untuk tahun ini sahaja, terdapat 21,448 produk milikan bukan bumiputera yang mempunyai status Halal JAKIM berbanding 8,341 produk bumiputera.

JAKIM dedah peratusan syarikat yang memiliki sijil halal dipegang oleh orang bukan islam

“Syarikat bukan bumiputera lebih berminat mendapatkan sijil Halal berbanding syarikat milikan bumiputera disebabkan mereka menyedari signifikasi sijil berkenaan dalam memastikan produk dikeluarkan memenuhi piawaian halalan toyyiban yang diperlukan pengguna Islam,” katanya.

Hanya 41% usahawan bumiputera sahaja yang berminat untuk meraih sijil tersebut. Jelasnya, jumlah tersebut rendah disebabkan penglibatan bumiputera dalam sektor ekonomi dan perniagaan di negara ini masih belum mampu menyaingi bukan bumiputera.

Buat pengetahuan semua, kos permohonan sijil Halal di Malaysia hanyalah RM200. Syarikat perlu miliki eksekutif halal yang akan bertindak memantau aturan pensijilan halal tersebut dengan beberapa latihan dan proses dokumentasi, barulah permohonan tersebut dihantar kepada JAKIM.

BACA:
Harga RXZ yang ingin dijual oleh individu ini sangat tinggi, boleh dapat sebiji kereta Myvi yang baru
Ini dia 6 bangunan tertinggi di Malaysia untuk tahun 2023, tak sangka ada yang lebih tinggi dari KLCC
Lelaki jumpa longgokan syiling tembaga bawah rumah bapa mentua, anggaran untuk semua cecah jutaan ringgit

Leave a Comment