TerasMalaysia

Jangan Bagi Anak Minum Susu Berlebihan. 3 Risiko Ini Boleh Terjadi!

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jangan Bagi Anak Minum Susu Berlebihan. 3 Risiko Ini Boleh Terjadi!

Susu adalah bahagian penting dalam diet anak kerana ia menyediakan kalsium dan vitamin D, membantu proses pertumbuhan tulang yang kuat.

Kebanyakan susu untuk anak yang berusia di bawah 2 tahun haruslah susu lembu penuh krim (whole milk) bagi memenuhi keperluan lemak makanan untuk tumbesaran dan perkembangan otak.

Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau memiliki sejarah keluarga dengan obesiti, kolesterol tinggi atau masalah jantung, doktor mungkin akan mengesyorkan pengambilan susu kurang lemak.

Manakala susu yang diberikan pada anak berusia 2 tahun, anda boleh menukar kepada susu rendah lemak atau tanpa lemak.

Secara umumnya, ketika anak berusia antara 12 hingga 18 bulan merupakan masa yang sesuai untuk beralih kepada penggunaan botol susu kepada cawan.

Tetapi elakkan daripada melakukannya secara mendadak.

Sebaiknya, secara perlahan-lahan kurangkan sesi penyusuan botol, bermula pada waktu hidangan makanan.

Jika anak anda merupakan seorang yang minum susu dengan kuat/banyak, tabiat itu berkemungkinan boleh mengganggu amalan pemakanan seimbangnya.

Bagi anak kecil berusia 2 tahun, terutamanya yang cerewet tentang pemakanan, mereka berkemungkinan akan lebih memilih susu berbanding makanan lain.

Menghadkan pengambilan susu ketika memperkenalkan pelbagai makanan dapat membantu anak mengembangkan tabiat makan lebih baik.

Berikut adalah risiko utama sekiranya anak minum susu terlalu banyak:

1. Sembelit

    • Satu masalah biasa yang kerap berlaku jika anak minum susu terlalu banyak adalah sembelit.
    • Keadaan ini kerana susu mengenyangkan tetapi tidak mengandungi serat.
    • Maka anak berisiko untuk sembelit kerana minum terlalu banyak susu dan kurang mengambil makanan yang mengandungi serat.
    • Ia boleh menjadi 1 masalah bagi anak yang minum susu lebih daripada 473 hingga 591 mL susu setiap hari.

    2. Anemia susu

    • Susu untuk anak 1 tahun ke atas yang diambil secara berlebihan juga meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti anemia.
    • Sekali lagi, ia berpunca daripada kandungan susu yang hanya mempunyai kuantiti kecil zat besi dan meminum susu dengan banyak boleh mengurangkan pengambilan makanan tinggi zat besi lain.
    • Jika masalah anemia yang dialami teruk, anak berkemungkinan perlu mengambil suplemen zat besi.

    3. Tabiat makan tidak seimbang

    • Susu yang diambil anak secara berlebihan boleh cenderung menyebabkan masalah pengambilan kalori dalam jumlah melebihi keperluan.
    • Situasi ini boleh bertambah besar sekiranya tabiat ini diteruskan seiring peningkatan usia anak.
    • Umumnya, kalori tambahan ini akan mengakibatkan anak berasa kenyang dan tidak mahu makanan berkhasiat lain.
    • Sekiranya anak masih makan makanan lain dengan baik, kalori tambahan boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
    • Jika anak turut minum jus buah, mereka mungkin memperolehi hampir semua kalori yang diperlukan.
    • Cuma masalahnya diet terdiri daripada susu dan jus tidak memberikan kombinasi nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan seimbang.

    Amalkan tabiat pemakanan seimbang

    Susu untuk anak 1 tahun ke atas sangat digalakkan dan memberikan khasiat. Tetapi ia cuma memenuhi bahagian kecil daripada diet pemakanan seimbang.

    Seperti individu dewasa, kanak-kanak pada usia ini turut memerlukan keseimbangan karbohidrat, lemak dan protein.

    Sebagai ibu bapa, anda harus memantau tabiat makan anak. Jika terdapat sebarang kebimbangan, berjumpalah dengan pakar pediatrik.

    Amoi Ini Bagi Penjelasan Kenapa Kaum Cina Selalu Guna Nama Barat

    Leave a Comment