Jangan Cakap Dia Tak ‘Payung’. TMJ ‘Offer’ Stadium Pula Untuk Kegunaan Skuad Harimau Malaya
Berita gembira buat Harimau Malaya apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan murah hati menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad kebangsaan.

Tunku Ismail bertitah, inisiatif itu bagi memastikan pasukan kebangsaan itu dapat melangsungkan mana-mana perlawanan membabitkan peringkat antarabangsa.
“Setelah berbincang dengan Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) bermula Mac ini.
“Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) untuk berkongsi ‘update’ (kemaskini) dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu SNBJ siap,”katanya.

Tunku Ismail menzahirkan tawaran itu sebelum membuat ciapan di laman sosial Twitter serta Instagram milik baginda malam tadi.
Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan pada 22 Februari 2020 terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri merupakan stadium rasmi pasukan Harimau Selatan yang memilik pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi tinggi.
Stadium ikonik yang menelan kos pembinaan RM200 juta itu dibina bagi menggantikan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin mampu memuatkan 40,000 kapasiti penonton pada satu-satu masa.

TMJ Minta Individu Yang Sumbang Lebih Kepada Bola Sepak Untuk Tampil ‘Tunjuk Muka’