“Jangan datang tuntut” – Lelaki terkejut jumpa barang misteri dalam bag yang dibeli, orang ramai siap bagi pendapat
Baru-baru ini, Seorang lelaki berkongsi kisah mengenai ‘hadiah misteri’ dalam sebuah beg yang dibeli oleh ibunya di sebuah kedai barangan terpakai.
Menurut pemilik Twitter @LukAhSeng, beg yang dibeli di sebuah kedai itu mengandungi beg duit yang berisi sejumlah wang serta sekeping surat misteri.
“Mak aku beli beg ni dekat Jalan Jalan Japan, dalam tu ada note 20,000 yen (RM662.49) dengan surat apa tak tahu, rezeki ibu bapa.
“Siapa tahu surat apa kasi roger,” ciapnya ketika berkongsi beberapa foto menerusi Twitter.
Dalam ciapan terbaharu, pemuda itu berkata dia membuat imbasan dan mendapati surat dalam bahasa Jepun itu merupakan insurans kematian milik seorang individu.
Selain wang tunai dan surat berkenaan, dia berkata beg itu turut mengandungi seluar dalam dan kipas.
“Dah update, itu surat insurans kematian, aku syak beg ni arwah punya, lepas tu beg ni dia sumbang bagi pada mana-mana.
“Sebab insurans tu tulis mati single tak kahwin. Dalam beg ada kipas, ada panties pakai buang dan sebagainya,” dedahnya lagi.
Perkongsian pemuda itu ternyata meraih pelbagai komen netizen di laman Twitter termasuklah yang mengaitkan dengan elemen mistik.
Malah, beberapa individu turut berkongsi kisah mereka yang pernah menemukan barangan berharga dalam pakaian bundle.
“Pernah juga beli dompet bundle kat Kelantan. Dalam tu ada duit Australia dengan senarai ubat.
“Member pernah beli purse kecil dekat Jalan Jalan Japan tu ha. Sekali buka ada rantai emas halus. Dah check 916. Halus-halus pun emas. Rezeki dia la dia kata.
“Sebab inilah mak saya selalu pesan jangan beli bundle. Dia selalu kata barang itu kemungkinan besar pernah dimiliki oleh orang mati. Takut.
“Katanya tu surat insurans kematian. Jangan pukul 1 pagi ada hantu Jepun tuntut balik dah la,” tulis beberapa individu.