Jangan Jadi Anak Derhaka – Puteri Sarah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jangan Jadi Anak Derhaka – Puteri Sarah

Meskipun tidak meluahkan secara terang-terangan bahawa dirinya ‘kecewa’, namun air mata yang menitis dengan kata-kata tersekat-sekat, cukup menggambarkan dan membuatkan kita semua sedikit memahami perasaan sebenar penerbit drama dan filem, Datuk Yusof Haslam.

Air mata Datuk Yusof Haslam yang menitis ketika mengulas kontroversi pernikahan anaknya, Syamsul dan Ira Kazar dalam program Melodi yang disiarkan TV3, menyentuh hati netizen.

Puteri Sarah Liyana menerusi satu hantaran di IG Story, turut menyentuh mengenai bapa mentuanya yang pernah beberapa kali menangis disebabkan perbuatan Syamsul.

Dalam pada masa itu, Puteri Sarah meskipun dia tidak berasa bahagia namun dia tidak sanggup melihat Yusof dan ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail dalam keadaan sedih.

“Datuk Yusuf Haslam ibarat bapa saya sendiri. Bukan lagi bapa mentua tapi macam bapa kandung sendiri.

“Bukan sekali dua papa menangis disebabkan awak (Syamsul). Berkali-kali. Tergamak awak! Bahkan, awak juga buat ibu awak menangis.

“Ketawalah belah sana, ketawalah… Kifarah itu ada,” katanya yang turut menasihatkan suaminya agar tidak menjadi anak derhaka.

Dalam hantaran sama, Sarah berkata, dia akan mengerjakan Umrah di Tanah Suci, akhir bulan ini dan mahu mendoakan kebahagiaan buat Yusof dan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail.

“Insya-Allah, Sarah pergi Umrah pada 26 Januari ini. Sarah akan doakan kebahagiaan mama dan papa.

“Sarah tak bahagia tidak apa. Saya boleh sembuhkan diri sendiri tetapi jangan mama dan papa tak bahagia,” katanya.

Sumber

Yusof Haslam Bersuara Tentang Isu Perkahwinan Anaknya Dengan Ira Kazar

Leave a Comment