“Jangan tonton lagi filem itu” – Gabenor Bali larang generasi muda tengok Upin Ipin demi jaga budaya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Jangan tonton lagi filem itu” – Gabenor Bali larang generasi muda tengok Upin Ipin demi jaga budaya

Gabenor Bali (Indonesia), Wayan Koster, menyeru agar generasi muda di Bali tidak menonton filem dari Malaysia, iaitu Upin dan Ipin, demi menjaga nilai budaya Bali dari budaya luar.

Beliau berkata, daripada menonton siri animasi buatan negara jiran, lebih baik membuat karya sendiri sekali gus mengangkat budaya tempatan.

“Jangan tonton lagi itu (filem Upin Ipin). Lebih baik kita bangunkan produksi yang mengangkat tradisi dan budaya kita.

“Tanah Bali betul-betul memiliki kekayaan untuk itu,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan hadiah Lomba Esai Film Jayaprana di Bali, Isnin, 14 Ogos 2023.

Selain itu Wayan juga menyebut, budaya dari luar, teknologi dan cara kehidupan moden boleh berkembang. Tetapi jangan sesekali meninggalkan budaya Bali.

“Teknologi moden boleh berkembang, cara kehidupan moden boleh berkembang, tetapi satu hal yang saya ingatkan, jangan kita meninggalkan budaya Bali,” ujarnya.

Bagaimanapun, kenyataan Gabenor Bali itu mengundang pelbagai reaksi negatif netizen yang dianggap tidak masuk akal.

“Saya pilih Tok Dalang dari pakcik ni. Jangan pandai melarang saja, tapi berilah pilihan. Pilihan pun tak ada, jadi kami nak tonton apa? Masyarakat mempunyai hak dan kewajipan masing-masing,” kata netizen Indonesia.

Baca : Ibu tak keruan lepas tayang kecemerlangan anak dekat media sosial, anak kena ganggu dan hilang ingatan

Leave a Comment