TerasMalaysia

Jay Chou Bincang Dengan Pihak Pengurus Stadium Untuk Tangguh Konsert

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jay Chou Bincang Dengan Pihak Pengurus Stadium Untuk Tangguh Konsert. Artis Taiwan, Jay Chou berkata dia bersedia untuk menangguhkan konsertnya yang dijadualkan pada 15 Jan, tetapi peminat bola sepak harus menghubungi persatuan sukan dan pengurusan stadium mengenai perkara itu.

Ini berlaku selepas ramai peminat bola sepak yang marah menyampaikan pandangan mereka di akaun media sosial penyanyi itu, berikutan penjadualan antara persiapan untuk konsertnya bertembung dengan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Asean (AFF) 2022.

“Peminat bola sepak Malaysia, saya tahu anda memandang serius bola sepak. Saya boleh bekerjasama dan menangguhkan konsert, tiada masalah.

“Tetapi yang penting anda harus sampaikan kepada persatuan bola sepak atau penganjur tempat anda sama ada mereka membenarkan saya menangguhkan konsert.

“Saya tiada masalah dengan itu, saya cuma mahu menyanyi untuk peminat saya. Cuma saya harap apabila orang datang melihat konsert saya, mereka datang dengan hati yang gembira,” katanya di akaun Instagramnya.

Jay Chou Bincang Dengan Pihak Pengurus Stadium Untuk Tangguh Konsert

Pertembungan pasukan bola sepak Malaysia dan Thailand dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, tetapi 21,000 tempat duduk di stadium itu perlu dikosongkan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan pentas konsert Chou.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata penganjur konsert telah pun menempah stadium itu empat tahun lalu, dan keadaan di stadium itu mustahil untuk diubah.

Lebih-lebih lagi, kesulitan sama akan berulang jika Malaysia mara ke peringkat akhir, yang dijadualkan berlangsung pada 16 Jan.

BACA:

Terbongkar Akhirnya. Syamsul Yusof Mengaku Dah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand.

Tak Ada Pegangan Agama. Gadis Bertudung Bangga Teguk Arak Di Kelab Malam

Jangan Cakap Dia Tak ‘Payung’. TMJ ‘Offer’ Stadium Pula Untuk Kegunaan Skuad Harimau Malaya

Leave a Comment