Jejaka berbaju kemeja biru gelap kantoi tukar kod QR bank amal disebuah masjid kepada miliknya
Baru-baru ini, satu video telah tular memaparkan perbuatan seorang lelaki yang mencurigakan ketika berada di perkarangan sebuah masjid.
Video tersebut memperlihatkan gelagat seorang individu yang bertindak menukar kod QR tabung masjid dengan kod QR akaun sendiri.
Beliau didapati berlegar di kawasan masjid itu lalu menampal satu kertas kod QR pada tabung masjid yang telah disediakan.
Namun, difahamkan kejadian ini berlaku di Indonesia dan didapati sudah dua masjid telah menjadi sasaran oleh suspek. Insiden ini telah dapat dikesan selepas salah satu masjid terbabit mempunyai CCTV lalu berjaya merakam perbuatan lelaki tersebut.
Susulan dari insiden itu, para pengguna Twitter meluahkan rasa marah terhadap tindakan keji itu memandangkan pasti sudah ramai orang mungkin telah menjadi mangsa suspek tersebut.
Bagaimanapun, tindakan licik pemuda ini dengan bertindak menukar kod QR ini juga dilihat sebagai suatu idea di luar kotak yang mana tidak pernah terfikir oleh kita.
Sebagai peringatan, anda perlu menyemak terlebih dahulu nama dan nombor akaun yang tertera apabila mahu bersedekah menerus kod QR tidak kiralah di masjid atau mana-mana lokasi di luar sana. Hal ini kerana ramai individu diluar sana yang mementingkan diri demi mencapai apa yang dihajati tanpa memikirkan orang lain.