Jemaah buat perangai sebab emosi, gantikan batu dengan sandal untuk lontar Jamrah masa tunai haji

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jemaah buat perangai sebab emosi, gantikan batu dengan sandal untuk lontar Jamrah masa tunai haji

Jamrah atau Melontar Jamrah adalah sebahagian daripada ibadah Haji tahunan umat Islam di kota suci Makkah di Arab Saudi. Jemaah haji melemparkan batu-batu kecil di tiga dinding (dahulu tiang), yang dipanggil jamarāt, di kota Mina di timur Mekah. Ia adalah salah satu daripada siri perkara wajib dilakukan dalam ibadah haji.

Bagaimanapun, perlu ada batasannya dan tindakan itu janganlah keterlaluan sehingga mencemarkan kesucian di kawasaan ibadah tersebut yang sekaligus boleh mengganggu amalan kita dalam menunaikan rukun islam yang kelima itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok pada hujung bulan lalu memperlihatkan seorang jemaah haji wanita dengan emosinya melemparkan selipar sandal ke tiang tersebut. Dalam pada itu, kelihatan juga seorang jemaah lelaki melakukan perkara sedemikian.

Atas tindakan itu, ia telah mengundang persoalan dan pertikaian netizen sama ada ianya sah atau tidak menggantikan batu kecil dengan selipar, ramai antara mereka menyifatkan bahawa perbuatan itu tidak sah. Bahkan, ada juga yang pelik melihat keadaan sekeliling di kawasan itu, mereka mendakwa ia agak kotor.

Sumber

Baca : Penduduk Lasem resah, pintu rumah diketuk dan sering melihat kelibat pocong berkeliaran

Leave a Comment