TerasMalaysia

Jenama terkenal persenda islam cetak nama Allah dekat pakaian masa pertunjukan fesyen

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jenama terkenal persenda islam cetak nama Allah dekat pakaian masa pertunjukan fesyen

Jenama Not A Man’s Dream, dari Australia bertindak biadap dengan mencetak nama Allah untuk diperagakan di atas pentas fesyen Sabtu lalu.

Jenama itu menayangkan dua reka bentuk pakaian dalam pertunjukan terakhir Festival Fesyen Melbourne di Australia.

Salah satu rekaan menampilkan seorang model memakai jumpsuit tanpa lengan yang diperbuat daripada kain jenis lut sinar dengan tulisan Arab tertera ‘ALLAH berjalan bersama saya’ di seluruh baju itu.

Seorang blogger fesyen Muslim yang dikenali sebagai Mona Khalifa turut menghadiri pertunjukan itu dan dia amat terganggu selepas melihat rekaan hodoh dan biadap tersebut.

Sehubungan itu, Mona menerusi laman rasmi TikTok miliknya telah memuat naik satu video luahan rasa marahnya dan perasaan kesal dengan rekaan fesyen dan jenama pakaian berkenaan.

Jelasnya, rekaan itu secara terang-terangan tidak menghormati orang Islam dan Kristian Arab yang berkongsi perkataan Arab untuk Tuhan.

@monakhalifaxo_

@Melbourne Fashion Festival and Samantha saint james. We need more accountability. Something needs to change so this never happens again #fypシ #melbournefashionfestival #melbourne #australia #muslimtiktok #islamic_media

♬ original sound – Monakhalifaxo

Bagaimanapun, penganjur Festival Fesyen Melbourne telah mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka pada Ahad lalu (13 Mac).

Pihaknya juga telah memadam semua imej pakaian Not A Man’s Dream terutamanya yang tertera kalimah ALLAH itu di setiap laman media sosial rasminya.

Pengasas Not A Man’s Dream, Samantha Saint James turut tidak terkecuali apabila membuat permohonan maaf menerusi satu surat.

“Saya memohon maaf atas sebarang kesalahan atau rasa kurang hormat disebabkan oleh bahagian tertentu pada baju yang saya pamerkan di landasan MFF petang Sabtu.

“Saya sudah faham bagaimana beberapa pakaian telah menyebabkan orang tersinggung . Ia adalah bertentangan dengan niat saya dan untuk itu, saya benar-benar minta maaf,” kata Samantha.

Terdahulu, rekaan fesyen Not A Man’s Dream yang menggunakan kalimah ALLAH di atas bajunya telah tular di media sosial.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan bodoh dan biadap itu kerana tidak menghormati sensitiviti orang beragama Islam di seluruh dunia.

https://Sumber

Baca : Malaysia Bakal Dikepung 30 Negara Melalui Air Dan Udara Pada Bulan Mei Ini

Leave a Comment