Jenazah berkain kafan terkeluar dari tempat persemadian akibat hakisan tanah yang berlaku

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jenazah berkain kafan terkeluar dari tempat persemadian akibat hakisan tanah yang berlaku.

Satu berita gempar berlaku di negara jiran apabila sejumlah jenazah terkeluar dari liang lahad. Insiden tersebut tular menerusi satu rakaman video di media sosial.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Air Bangis, Pasaman Barat di Sumatera Barat, Indonesia pada 29 September 2023 lalu.

Punca jezanah terkeluar daripada kubur itu dikatakan akibat hakisan tanah di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan pantai.

Ketua Polis Air Bangis, AKP Efriadi telah mengesahkan kejadian itu, beliau menyatakan bahawa ia bermula akibat tanah kubur terhakis sehingga menampakkan liang lahad.

Jenazah berkain kafan terkeluar dari tempat persemadian akibat hakisan tanah yang berlaku

Laporan yang kami terima pada hari sama mengenai jenazah-jenazah yang terjejas akibat kejadian itu telah dikebumikan semula oleh keluarga masing-masing.”

Dalam rakaman tersebut, dilihat ada jenazah yang masih berbalut dengan kain kafan terdampar di pantai, malah difahamkan pada waktu kejadian, masih ada beberapa jenazah yang masih belum ditemukan. Malah, difahamkan kejadian sama pernah berlaku sejak beberapa bulan lalu.

BACA:
“Selama 6 bulan aku kenal, aku tak pernah tengok muka dia, tapi masa nak kahwin dia buka purdah, situlah bermula masalah”
Dua orang ahli politik dirakam bergaduh semasa sesi debat ketika siaran langsung program rancangan televisyen
‘Bunga kubur’ sebenarnya banyak khasiat yang ramai tak tahu, boleh ubati sakit seperti kurang nafsu seksual

Leave a Comment