TerasMalaysia

Jepun mempunyai hotel dengan harga RM4.95 sebilik, tapi syarat yang ditetapkan ramai tak sanggup

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jepun mempunyai hotel dengan harga RM4.95 sebilik, tapi syarat yang ditetapkan ramai tak sanggup. Pelik tapi benar. Itu apa yang kami boleh katakan apabila ketahui sebuah hotel di Jepun tawarkan harga murah tetapi merakam aksi anda dalam bilik tersebut.

Pasti ada daripada anda berasa terkejut, bukan? Hotel yang terletak di bandar Fukuoka ini menawarkan harga murah iaitu 130 yen (~RM4.95) untuk satu malam setiap hari.

Akan tetapi, jika anda bersetuju untuk menginap di sini, anda juga perlu membenarkan pihak hotel membuat liputan secara live di YouTube. Jadi, pengguna YouTube dapat melihat apa yang anda lakukan dalam bilik tersebut.

Jepun mempunyai hotel dengan harga RM4.95 sebilik, tapi syarat yang ditetapkan ramai tak sanggup

Wartawan SoraNews24 telah berkunjung ke hotel tersebut untuk melihat kesahihan perkara itu. Dapat dilihat rekaan bilik tersebut dalam keadaan yang baik dan seperti hotel-hotel di Jepun.

Pemilik hotel bertindak tawarkan bilik murah kerana bilik tersebut jarang disewa. Maka, untuk mengelakkan kerugian, bilik tersebut ditawarkan dengan harga yang sangat murah.

Anda boleh menonton video live di YouTube One Dollar Hotel. Sanggupkah anda tidur di hotel yang murah tetapi privasi anda dicerobohi seperti ini? Apakah pandangan anda mengenai bilik hotel tersebut?

Tekan sini untuk tonton video

BACA:
Wanita berang pakaian anak yang dibeli memaparkan imej tak senonoh dan lucah
Kehilangan 2 orang abang dalam kebarakan, Cik B cerita detik kenangan pahit yang berlaku 10 tahun lalu
Isteri layan lelaki lain masa suami sibuk bekerja, kantoi perbuatan tersebut dengan anak sulong

Leave a Comment