Jepun pecah rekod, tak perlu tanam padi di kawasan yang luas, dalam bangunan pun boleh tuai hasil

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jepun pecah rekod, tak perlu tanam padi di kawasan yang luas, dalam bangunan pun boleh tuai hasil.

Di negara kita, memang biasa untuk melihat padi ditanam di kawasan lapang terutamanya di pinggiran bandar kerana ia mempunyai tanah yang bersesuaian.

Umum mengetahui, cara penanaman padi ini tidak mudah, kerana suhu dan air memainkan peranan penting untuk memastikan padi itu dapat terus hidup. Disebabkan itu apabila tiba musim kemarau, para pengusaha menjadi risau kerana ia akan menjejaskan produktiviti padi.

Kalau nak tahu, padi sawah memerlukan air yang berterusan hingga dua minggu sebelum penuaian dan kawasan yang sesuai untuk menanam padi ialah kawasan yang menerima taburan hujan.

Pun begitu, tahukah anda, negara yang berinovasi tinggi iaitu Jepun, telah berjaya membuat inovasi penanaman padi dalam bangunan kira-kira dua tahun lalu?

Perkara itu sekali gus mematikan kenyataan yang menyatakan padi perlu ditanam di kawasan luas dan di luar bangunan.

Jepun pecah rekod, tak perlu tanam padi di kawasan yang luas, dalam bangunan pun boleh tuai hasil

Jadi, bagaimana Jepun negara yang serba boleh itu menanam padi, yang semula jadinya memerlukan bantuan cuaca bagi memastikan ia boleh dituai pada waktu yang sepatutnya?

Syarikat apa yang inovasikan penanaman padi dalam bangunan?


Kalau nak tahu, idea untuk penanaman padi di dalam bangunan menggunakan pencahayaan semula jadi dan lampu atau lebih dikenali sebagai pertanian bandar (urban farm) merupakan buah fikiran sebuah syarikat di tengah-tengah Tokyo, Pasona.

Urban Farm di Ibu Pejabat Pasona Tokyo ialah bangunan pejabat korporat yang mempunyai sembilan tingkat dan keluasan 215,000 kaki persegi.

Pejabat tersebut tidak hanya menumpukan kepada pertanian, malah ia juga dipecahkan kepada satu lagi bahagian, iaitu pejabat, auditorium dan juga kafeteria.

Kawasan hijau berjumlah lebih 43,000 kaki persegi (3995 meter persegi) dengan 200 spesies termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan beras yang dituai akan disediakan dan dihidangkan di kafeteria dalam bangunan.

Ia adalah ladang terbesar dan penggunaan secara terus pernah direalisasikan di dalam bangunan pejabat di Jepun.

Seramai lapan petani profesional telah menguruskan dan melakukan penanaman padi di bangunan itu sambil dibantu oleh pekerja lain.

Pasona juga menggunakan kedua-dua hidroponik dan pertanian berasaskan tanah, tanaman dan pekerja pejabat berkongsi ruang yang sama.

Sebagai contoh, pokok anggur tomato digantung di atas meja persidangan, limau dan pokok markisa digunakan sebagai partition untuk ruang mesyuarat, daun salad ditanam di dalam bilik seminar dan taugeh ditanam di bawah bangku, manakala lobi utama juga mempunyai padi dan ladang brokoli.

Bagaimana padi itu dijaga?
Tanaman ini dilengkapi dengan lampu HEFL, pendarfluor dan LED serta sistem pengairan automatik.

Kawalan iklim pintar memantau kelembapan, suhu dan angin untuk mengimbangi keselesaan manusia semasa waktu pejabat dan mengoptimumkan pertumbuhan tanaman selepas waktu bekerja.

Ini memaksimumkan hasil tanaman dan tuaian tahunan, sementara itu, bunga bermusim dan pokok oren ditanam di balkoni, sebahagiannya bergantung pada iklim luaran semula jadi untuk mempamerkan perubahan daun dan warna.

Semua tumbuhan diselenggara dan dituai oleh pekerja Pasona dengan bantuan pakar pertanian.

Tidak dinafikan, Pasona mewujudkan persekitaran tempat kerja yang unik yang menggalakkan produktiviti pekerja, kesihatan mental dan interaksi sosial serta melibatkan komuniti yang lebih luas di Tokyo dengan mempamerkan faedah dan teknologi pertanian bandar.

Pasona dalam kenyataan berharap penanaman padi dan tanaman lain di bangunannya dapat meningkatkan minat anak-anak muda yang sibuk bekerja di pejabat dalam bidang pertanian yang semakin pupus di bandar-bandar besar, khususnya Tokyo.

BACA:
Peguam dedah pembeli boleh saman pemaju dalam masa 15 tahun jika rumah yang dibeli alami kerosakan
Macam tu rupanya orang bisu akad nikah, menang sunyi sepi satu dewan perhati tangan pengantin
Huru-hara depan kedai, pelanggan berebut, bertumbuk gara-gara nak jadi yang pertama beli Iphone 15

Leave a Comment