Jijik! Pekerja Kedai Serbaneka Cuci ‘Microvawe’ Guna Mop Lantai Buat Netizen Kembang Tekak

Jijik! Pekerja Kedai Serbaneka Cuci ‘Microvawe’ Guna Mop Lantai Buat Netizen Kembang Tekak

Ketuhar gelombang mikro atau microwave merupakan perkakas dapur versatil yang sering digunakan untuk memasak dan selalunya menjadi tempat memanaskan makanan. Ketuhar gelombang mikro juga kebiasannya sering disediakan di kedai serbaneka, bagi kegunaan pelanggan untuk memanaskan makanan yang dibeli.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pekerja menggunakan cara ‘kotor’ untuk membersihkan peralatan memanaskan makanan di sebuah kedai serbaneka terkemuka.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di akaun Twitter @AshrafChak, dilihat pekerja berkenaan bertindak memasukkan mop lantai ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk membersihkannya.

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut merasa terkejut dan tidak pernah terfikir dalam fikiran untuk menggunakan mop bagi membersihkan peralatan elektrik. Bagaimanapun, lokasi cawangan kedai serbaneka terbabit tidak dapat dipastikan.

Tindakan membersihkan microwave dengan mop ini bukan sahaja satu tindakan yang jijik, tetapi boleh merosakkan microwave itu sendiri. Difahamkan pekerja kedai serbaneka ini merupakan warga asing dan netizen mahu pekerja ini dikenakan tindakan supaya kejadian yang sama tidak berulang di cawangan yang lain.

Sumber

Baca : Kecoh! Lelaki Ini Jumpa Lipan Saiz Gergasi Di Tempat Kerja

Leave a Comment