TerasMalaysia

Jijik! Tikus Makan Ayam Goreng Di Restoran

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jijik! Tikus Makan Ayam Goreng Di Restoran

Lagi tular kes mengenai kebersihan di kedai makan. Baru-baru ini terdapat sebuah video memaparkan seekor tikus sedang bebas memakan ayam goreng di kawasan tempat pameran ayam goreng di sebuah restoran.

Menurut keterangan video yang tular tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah restoran yang tidak dinyatakan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di Twitter telah meminta seorang pengguna Twitter bernama zoeyhanafiah yang memuat naik video kelibat tikus berkeliaran di sebuah restoran tampil memberikan maklumat terperinci agar tindakan tegas boleh diambil ke atas kedai makanan tersebut.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA,” tulis KKM.

Pecah Amanah! Bekas Pengarah Syarikat Mengaku Bersalah

Leave a Comment