TerasMalaysia

Jika seseorang terkena panahan petir, inilah dia 4 pantang larang yang perlu diberi perhatian

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jika seseorang terkena panahan petir, inilah dia 4 pantang larang yang perlu diberi perhatian. WARGA maya kecoh apabila seorang lelaki meninggal dunia akibat dipanah petir di Shah Alam, Selangor.

Lebih mengerikan, mangsa yang berusia 50 tahun dipanah petir ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya, kira-kira pukul 6.20 petang, 2 Mei lalu.

Apa yang akan dilakukan sekiranya anda menjadi saksi kejadian renjatan elektrik atau panahan petir.

Jika seseorang terkena panahan petir, inilah dia 4 pantang larang yang perlu diberi perhatian

Portal MyHealth menggariskan empat larangan yang perlu anda tahu sekiranya berdepan kejadian seperti itu.

  • 1. Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku.
  • 2. Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar.
  • 3. Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit.
  • 4. Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik.

Menurut portal itu lagi, komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir merangkumi kecederaan pada kulit, otot, organ dalaman dan sistem saraf.

  • 1. Kulit – Bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar (body surface area) dan di mana ianya berlaku.
  • 2. Otot – Kematian sel otot yang teruk perlu dirawat melalui pembedahan membuang tisu-tisu yang mati malah adakalanya amputasi diperlukan.
  • 3. Organ dalaman – Bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan sehingga melibatkan organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana melibatakan renjatan bervoltan tinggi.
  • 4. Jantung – Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya mengakibatkan kematian.
  • 5. Sistem Saraf – Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh menyebabkan berlakunya kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan mangsanya mengalami sawan, kelumpuhan, atau perubahan personaliti.

BACA:

Hanya kerana satu komponen ini, kipas yang lama seakan baru, laju macam bilah helikopter

Selama berabad lamanya, akhirnya Ahli Sejarah menemukan lokasi jambatan dalam gambar Mona Lisa

Siapa sangka kereta kelisa ini mempunyai tarikan yang luar biasa di UK, walaupun memiliki warna yang pelik

Leave a Comment