“Jika Sudin lambat, kita dah kehilangan ahli” – Individu dedah P. Ramlee pernah rawat S. Shamsudin akibat racun
Filem Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957. Filem Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Bila sebut tentang filem Bujang Lapok pastinya ia sangat sinonim dengan tiga figura hebat iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham S. Shamsudin dan Allahyarham Datuk Aziz Satar.
Sehingga ke hari ini, filem-filem yang dibintangi mereka bersama masih lagi relevan dan menjadi pilihan untuk ditonton setiap lapisan masyarakat.
Namun begitu, terdapat satu kejadian yang dilaporkan terjadi sewaktu penggambaran filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee.
Menerusi video dimuat naik @syawaldaniel94 di TikTok, ketika kejadian S. Samsudin atau lebih mesra disapa Sudin dilihat tiba di set penggambaran dalam keadaan yang memilukan.
Pada satu pagi, seniman S.Shamsuddin tiba di set penggambaran filem Ali Baba Bujang Lapok dalam keadaan yang menyedihkan.
Wajahnya pucat, matanya cengkung, dan suaranya tiba-tiba hilang membisu.
Melihat keadaan sahabatnya yang agak merisaukan itu, dikatakan P. Ramlee segera meminta segelas air lalu dijampinya sebelum diberikan kepada Sudin untuk minum.
Melihat keadaan kritikal Sudin, maka P. Ramlee dengan segera meminta segelas air lalu dijampinya.
Bila Sudin meneguk air itu, dia pun terpekik dengan kuatnya lalu jatuh pengsan. Kepalanya luka menyembur darah.
Beberapa ketika, Sudin difahamkan terus sedar dan mengucapkan terima kasih kepada P. Ramlee.
Sudin turut menjelaskan bahawa sudah beberapa malam dia tidak dapat tidur kerana mengalami muntah darah.
Sudah beberapa malam saya tak dapat tidur dan muntah darah. Saya sudah diperiksa doktor tapi doktor kata tak sakit apa-apa.
Sejak daripada kejadian itu, Sudin pasti akan membawa pulang sebotol air yang dijampi oleh P. Ramlee ke rumah selepas mereka selesai jalani sesi penggambaran.
Menurut P. Ramlee, sekiranya Sudin lambat menerima rawatan yang sepatutnya, sudah tentu dia akan kehilangan seorang sahabat.
Sejak itu, setiap petang selepas shooting, Sudin akan membawa pulang sebotol air jampi dari P Ramlee.
Menurut Ramlee, ‘Jika Sudin lambat, mungkin Bujang Lapok akan kehilangan seorang sahabat.’
Dalam pada itu, Sudin mendedahkan bahawa dia tahu gerangan siapakah yang meracuninya itu namun memilih untuk tidak membongkarkan mengenai perkara tersebut.