Jiran berang lihat anak penduduk main atas kereta milik adik buat gelongsor yang tak tahan tu

Jiran berang lihat anak penduduk main atas kereta milik adik, ‘buat gelongsor yang tak tahan tu’

Anak-anak sangat dikenali dengan kelincahan dan sikap aktif mereka yang mampu membuat golongan dewasa berasa letih dan pening untuk melayan telatah mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting terutamanya jika anak mereka melakukan perkara diluar jangkaan atau menganggu orang sekeliling.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@faiizaizat), lelaki ini menunjukkan situasi di mana dia terlihat kanak-kanak perempuan dipercayai anak kepada jirannya sedang memanjat kereta milik kakaknya.

Kalau anda tengok video itu, kanak-kanak perempuan tersebut bukan setakat memanjat di bahagian hadapan tetapi sehingga ke atas bumbung.

Dalam nada berketawa, lelaki bernama Faiz itu hanya mampu ‘reda’ selepas melihat aksi kanak-kanak perempuan berkenaan.

Pada masa yang sama, dia juga menekankan tentang pentingnya ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka.

Kisah itu ada sambungannya lagi apabila adik kepada Faiz dikenali sebagai Faris telah ‘menjerit’ kepada sekumpulan kanak-kanak itu ketika mereka sebelum ini pernah melakukan tindakan yang sama.

Malah, Faris juga telah berjumpa dengan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut untuk memberi teguran.

Susulan itu, ibu bapa berkenaan tampil memohon maaf dengan aksi anak-anaknya yang telah memanjat kenderaan milik jiran lain.

Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang melihat aksi kanak-kanak tersebut sesuka hati memanjat kenderaan milik jiran lain.

Rata-rata netizen yang melihat video itu meluahkan rasa tidak puas hati dan mengangggap ia adalah keterlaluan.

Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila kereta mereka hampir rosak disebabkan oleh sikap segelintir kanak-kanak di sekitar taman perumahan yang bermain di kawasan meletakkan kenderaan.

Tak kurang juga yang memuji ibu bapa yang segera meminta maaf dan mengakui kesalahan anak.

Sumber

Baca : ’Benda’ jatuh cinta dengan penyewa rumah, siap ada haiwan peliharaan main bersama waktu malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *