Jiran buat kecoh pukul 3 pagi, ketuk dinding rumah sambil menjerit-jerit, dakwa pemilik sebelah buat bising

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jiran buat kecoh pukul 3 pagi, ketuk dinding rumah sambil menjerit-jerit, dakwa pemilik sebelah buat bising

Hidup berjiran sudah pastinya menuntut kita menjaga ketenteraman dan keharmonian antara satu sama lain.

Ini termasuklah bertolak ansur dan saling bantu-membantu apabila tinggal dalam kejiranan.

Tapi siapa yang tak panas hati dengan sikap penghuni lain yang sering melakukan sesuatu yang menyakitkan hati, ibarat ‘jiran dari neraka’.

Itu yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila apabila dinding rumahnya diketuk jiran berkali-kali sambil meracau seorang diri pada pukul 3 pagi.

Menurut Azie dalam posting di TikToknya, jirannya yang lebih mesra disapa sebagai ‘Aunty’ itu pada mulanya mesra dan rajin bersembang.

“Tetapi, selepas sebulan kami duduk sini, Aunty lapor pula dekat jiran-jiran lain, katanya kami suka buat bising sehinggakan dia tak boleh tidur malam.

“Selepas itu, keadaan jadi semakin teruk. Kira-kira tiga minggu lepas, polis datang ke rumah kami kerana terima aduan bunyi bising daripada ‘aunty’ tersebut,” kongsinya.

Azie berkata, pada waktu itu mereka sekeluarga baru sahaja pulang berkhemah. Lebih menghairankan, Azie sendiri tidak pasti daripada mana datangnya bunyi bising kerana tidak ada sesiapa yang tinggal di rumah mereka pada malam tersebut.

“Nasib baiklah, polis tidak ambil apa-apa tindakan sebab memang kami tidak pernah buat bising.

“Tetapi, malam tadi, kami terjaga pukul tiga pagi disebabkan bunyi ketukan pintu yang sangat kuat. Kami ingatkan jiran sebelah kanan yang ketuk sebab tertinggal kunci.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat ‘aunty’ tadi mengetuk dinding rumah kami dengan kayu sambil meracau-racau. Katanya, lu orang mau mati, saya orang tua tak takut mati,” katanya.

Tambah Azie lagi, bunyi bising itu berlarutan sehingga subuh. Tidak tahan dengan bunyi ketukan yang kuat, suami Azie bertindak menelefon polis.

“Selepas subuh baru polis datang, polis pun tak tahu nak buat apa sebab dia orang tua. Katanya, ‘aunty’ nak kami pindah. Masalahnya, kami tak kacau orang pun dan polis tu cakap, lain kali kalau dia buat lagi siram air,” katanya.

Rata-rata netizen berasa risau dengan kesihatan mental Aunty tersebut. Ada juga yang berpendapat bahawa orang tua itu mungkin nyanyuk dan berhalusinasi.

Malah, ada juga yang berasa simpati dan kesian dengan situasi yang dialami oleh wanita dan keluarganya yang diganggu oleh Aunty berkenaan.

Sumber

Baca : Kantoi terlanjur dengan janda anak satu, suami sms isteri cerai talak 3 lepas setahun sekat whatsapp

Leave a Comment