TerasMalaysia

Jiran Rakam Orang Buang Sampah Dari Tingkap Rumah – “Sebelum Ni Tuala Wanita, Kali Ni Cecair Kuning Pula”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jiran Rakam Orang Buang Sampah Dari Tingkap Rumah – “Sebelum Ni Tuala Wanita, Kali Ni Cecair Kuning Pula”

Seorang penduduk di Toa Payoh, Singapura sudah tidak tahan dengan sikap jirannya lalu mendedahkan sikap pengotor individu berkenaan yang suka membuang sisa buangan dari cermin tingkap rumahnya pada setiap pagi.

Valiant Khong berkongsikan perkara itu di grup Facebook Complaint Singapore di Facebook berserta bukti video menunjukkan individu berkenaan menuang secawan cecair keluar tingkap dari tingkat tiga blok di kawasan tersebut.

Cecair yang kelihatan seperti kekuning-kuningan itu turut didakwa adalah air kencing.

Valiant berkata, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi (waktu tempatan).

Antara bahan buangan yang sering dilontar dari tingkap termasuk puntung rokok, tuala wanita, tisu dan sisa makanan.

Tambah Valiant, beberapa aduan dikemukakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEW) namun, tiada sebarang tindakan dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa hanya mengeluarkan surat amaran tetapi enggan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

Namun penduduk di situ bernasib baik apabila seseorang berjaya merakam perbuatan pelaku sebelum video berkenaan dikongsikan kepada mereka.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu. Kami mempunyai anak kecil di sekitar kawasan tersebut.

“Ia sangat tidak bersih dan tidak sihat. Singapura adalah tanah air saya, kita perlu menghentikan semua perkara yang dilakukan oleh individu ini dari terus membuat kesalahan yang sama,” tulisnya di dalam Facebook.

Sumber

Baca : Wanita Ini Kongsi Pengalaman Suaminya Curang Sejak Dia Mengandung 6 Bulan

Leave a Comment