Jumlah Mangsa Yang Terkorban Semakin Meningkat
Seramai 13 orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki disahkan terkorban oleh Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa.
Mayat mangsa tersebut dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan ada yang masih di lokasi kejadian.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Hospital Selayang selepas melawat mangsa yang cedera, hari ini.
Kira-kira jam 11 pagi ini, mayat mangsa yang ke-10 telah dapat dibawa keluar.

Kejadian turut menyebabkan 7 mangsa cedera setakat ini.
Manakala kira-kira 20 masih belum ditemui .
Setakat ini, daripada 92 mangsa yang ditemui, 60 disahkan selamat.
Mereka dibawa keluar oleh anggota bomba yang dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi .
Bomba Selangor masih menjejaki mangsa yang masih hilang.
Dilaporkan 79 mangsa yang berada di tapak perkhemahan ini terlibat dalam kejadian runtuhan di tepi jalan berhampiran ‘Father’s Organic Farm’.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis memberitahu runtuhan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan .
Ketinggian runtuhan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.
Menakutkan, Tular Video Kawasan Tanah Runtuh