TerasMalaysia

Jurufoto depan KLCC kaki scam, ambil kesempatan dekat pelancong luar dan pengunjung

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jurufoto depan KLCC kaki scam, ambil kesempatan dekat pelancong luar dan pengunjung

Setiap kali nama Malaysia disebut atau bermain difikiran, gambaran menara berkembar Petronas (KLCC) adalah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran setiap orang. Selain menjadi keajaiban seni bina, ia adalah salah satu daripada sepuluh bangunan tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu tempat pelancongan paling sibuk di negara ini, di mana ramai orang berkunjung untuk melihat menara ini. Ramai yang setuju bahawa perjalanan sesorang pelancong ke Kuala Lumpur tidak lengkap jika tidak melawat KLCC.

KLCC pastinya menjadi lokasi untuk para pelancong luar negara dan juga orang tempatan untuk merakam gambar untuk dijadikan kenangan sekiranya mereka berkunjung ke kawasan berkenaan.

Malangnya, terdapat kegiatan individu yang mengambil upah untuk merakam gambar pengunjung yang berlatar belakangkan menara berkembar berkenaan mula menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pengunjung.

Berbekalkan telefon berjenama dan beberapa peralatan untuk merakam gambar, ada individu yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengunjung dan perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengendali media sosial.

Hantaran ‘hati-hati scammer di KLCC’ tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna yang turut berkongsi pengalaman mereka mendakwa diperdaya individu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Menurut dakwaan mereka, caj tersembunyi yang tidak masuk akal akan dikenakan oleh individu yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Sebagai contoh, salah seorang mangsa menceritakan yang dia terpaksa membayar sehingga RM110 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mengambil gambarnya di KLCC ketika dia dan keluarga berkunjung ke sana baru-baru ini.

Namun, selepas semua gambar dihantar ke telefon milik suami mangsa, individu berkenaan meminta RM80 sebelum menawarkan lensa kepada kakak mangsa dengan harga RM30.

Disebabkan malas untuk mengeruhkan keadaan, mangsa terus membayar jumlah tersebut dan menurutnya, jurufoto berkenaan juga memberitahu yang dia mengenakan caj sebanyak RM30 kepada pelancong luar negara.

Selain pengguna berkenaan, ada beberapa orang lagi turut berkongsi rasa kurang senang mereka terhadap lambakan jurufoto yang didakwa bersikap biadab terhadap pengunjung dan mereka seolah-oleh menguasai kawasan berkenaan.

Tidak kurang juga ada antara mereka yang sengaja menganggu pengunjung dengan berdiri berdekatan dengan mereka yang sedang cuba untuk mengambil gambar agar gambar yang terhasil nanti tidak cantik.

Dalam masa yang sama, ada juga pengguna yang mendakwa aktiviti ini dijalankan oleh warga asing yang menyamar sebagai orang tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengguna turut meminta penguat kuasa mengambil tindakan dan memantau kegiatan itu yang dibimbangi boleh merosakkan nama baik Malaysia.

Sumber

Baca : 
Suami berasa pelik, isteri ada ciri-ciri seorang lelaki ketika bersama selama 2 tahun, rupa-rupanya..
Terkejut orang sekeliling bila tengok pelancong luar jadi ‘duyung’ dekat kolam air pancut KLCC

Leave a Comment