Jurumakmal dedah kaum lelaki paling ramai alami masalah kesuburan, gesa orang ramai buat ujian sperma

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Jurumakmal dedah kaum lelaki paling ramai alami masalah kesuburan, gesa orang ramai buat ujian sperma

Poligami bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Melayu terutamanya di Malaysia. Makruh berpoligami apabila ia dilakukan hanya sekadar untuk berseronok- seronok sedangkan suami sendiri ragu akan kemampuan dirinya untuk berlaku adil terhadap isteri- isterinya daripada sudut nafkah zahir dan batin. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudharatan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka.

Seorang jurumakmal perubatan dikenali Muhammad Noor bin Zakaria menerusi sebuah video dimuat naik di platform TikTok menasihati golongan lelaki untuk melakukan ujian sperma.

Ini adalah bagi menguji tahap kesuburan lelaki berdasarkan kepada kualiti dan kiraan sperman di dalam air mani seorang lelaki.

Katanya lagi, tidak menjadi satu masalah sekiranya lelaki di luar sana mampu untuk berkahwin lebih daripada seorang, namun mereka tidak seharusnya mengumumkan di media sosial sehingga memberi ruang kepada pihak lain untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga.

Tambahnya lagi, golongan lelaki ini seharusnya menjalani rawatan pemeriksaan air mani terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah sebelum berkahwin seorang lagi hanya kerana masalah zuriat,

“Kalau abang banyak duit sangat, kahwin sajalah. Tapi nombor satu, janganlah bagi rakyat Malaysia terlibat dalam perkahwinan kau. Lepas tu bagi kenyataan yang kurang cerdik, janganlah. Kita (saya) rasa geram juga, janganlah memalukan kaum (lelaki) eh.
“Betul, kalau abang rasa abang mampu, kahwin saja. Memang mampu, kahwin. Isteri pertama bagi, kahwin… tak perlu beritahu alasan tidak logik sebab sebagai seorang manusia yang melihat air mani orang, setiap hari, jangan bagi alasan cakap isteri tak dapat bagi anak, kita nak kahwin lain. Janganlah, cakap sajalah kita nak kahwin lain, tiada sesiapa pun boleh menghalang.
“Saya nak beritahu ya, daripada sepuluh sample (air mani) saya analisis pada setiap hari, katakanlah sepuluh, enam daripadanya bermasalah teruk. So, kita kena look into it benda ni sebenarnya. Sebab ramai ada masalah kesuburan sekarang ni.
“So, kalau itulah yang menjadi alasan, buatlah rawatan dulu, check dulu kau okey ke tidak, wife okey ke tidak. Bukannya isunya tiada anak.
“Datang jumpa saya, saya checkkan air mani abang, mari. Mari saya kirakan sperma itu,ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Nor berkata, cara yang terbaik untuk dirinya mengelakkan diri daripada berkahwin seorang lagi adalah dengan memikirkan

“Kalau nak fikir, saya selalu kenangkan bapa mentua. Saya selalu fikir, bapa mentua saya baik sangat dan saya selalu terfikir Anis (isteri) kan, dijaga oleh seorang bapa dengan sangat baik. Jadi, bila dah dapat kat kau (diri sendiri), kau buat macam-macam. Jadi, tak boleh.
“Macam mana pun, aku tak boleh, terbayangkan muka bapa mentua, terus tak jadi. Kalau nak gaduh lebih-lebih, terbayang pak cik Isa, haa tak jadi sebab pakcik Mat Isa memang baik.
“Nombor dua, saya fikirkan anak-anak, saya ada dua orang anak perempuan. Saya selalu terfikir, saya nak buat sesuatu apa yang tak baik sangatlah kan, gaduh-gaduh itu biasa tapi kalau melampaui batasan, saya selalu terfikir, macam mana orang buat macam tu kat anak-anak saya? Mesti saya akan marah, orang dah melukakan hati anak saya. Jadi, saya akan menahan, elakkan perkara itu pergi jauh daripada ia terus berlaku.

Sumber

Baca : Ramai tercengang dan kagum, lelaki ini naikkan ikan sebesar tapak tangan dewasa guna joran mainan

Leave a Comment