Juruwang ‘Hayun’ Kayu Besbol Untuk Petahankan Diri Ketika Dirompak
Baru-baru ini tular satu video menunjukkan sebuah kedai runcit hampir dirompak pada waktu malam. Menerusi perkongsian TikTok @waiisyg69, dapat dilihat pada awal video dua perompak yang memakai topi keledar memasuki kedai runcit lalu mahu mendapatkan dua botol Coca-Cola.
Situasi menjadi lebih cemas apabila dua perompak tersebut masing-masing mengeluarkan senjata untuk menakutkan juruwang wanita itu menyerahkan segala wang yang ada.
Juruwang itu kemudiannya bertindak mengeluarkan kayu besbol yang bukan sahaja digunakan untuk mempertahankan diri malah untuk mengejar perompak-perompak tersebut.
Rakaman yang dibuat menerusi CCTV ini turut melihat dua pemuda lelaki memakai topi keleder itu lari lintang pukang keluar daripada kedai lalu menaiki motosikal untuk beredar dari kawasan tersebut.
Tindakan berani yang dilakukan juruwang wanita tersebut sekaligus membuatkan para netizen berasa kagum melihatnya. Video yang tular ini sekaligus memberi gambaran untuk para juruwang setidaknya menyediakan satu barangan yang boleh dijadikan senjata di samping tidak keseorangan sekiranya menjadi juruwang pada waktu sunyi khususnya buat para wanita.
Lagenda Bola Sepak, Pele Meninggal Dunia