Kad Kredit VS Kad Debit, Yang Mana Lebih Selamat?
Ramai yang cakap “jangan pakai kad kredit, BAHAYA!” tetapi sebenarnya kelebihan menggunakan Kad Kredit lebih banyak daripada kelebihan menggunakan Kad Debit.
Yang penting kena faham cara menggunakannya. Bukan “swipe-swipe, tak ingat dunia” yang ini salah satu contoh yang akan menjerat diri sendiri.

Kad Kredit merupakan salah satu cara pembayaran yang paling selamat. Sebab duit dalam Kad Kredit adalah duit bank dan bukannya duit kita.
Sekiranya seseorang mencuri Kad Kredit kita dan menggunakannya. Duit yang dicuri itu adalah duit bank dan bukannya duit kita.
Berbanding dengan kalau Kad Debit kita dicuri dan orang yang mencuri itu menggunakannya. Yang hilang itu adalah duit kita bukannya duit bank.
Jom kita dengar penjelasan mengapa penggunaan kad kredit jauh lebih selamat berbanding dengan penggunaan kad debit.
Untuk yang masih samar-samar atau masih tak faham bagaimana kad kredit berfungsi. boleh lihat video dibawah.
Penjelasannya dalam bahasa melayu dan sangat mudah untuk di”telan” dan di fahami. Ada 3 bahagian, tonton semua ye.. sekejab sahaja videonya.
Part 1
Part 2
Part 3
Esok Akan Diumumkan Harga Baharu Telur Yang Mungkin Lebih Murah
Senarai penuh Kabinet Menteri Kerajaan Perpaduan