
Kajian mendapati Malaysia salah satu negara yang kerap melayari laman web lucah, kalah Jepun!
Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu, kebanyakkan rakyat Malaysia dikehendaki bekerja dari rumah. Yang tak bekerja, mungkin pada masa ini mereka akan meluangkan masa bersama keluarga.
Tidak dilupakan kepada yang tinggal berseorangan di rumah. Selain mengemaskini media sosial dan bermain Tik Tok, pasti mereka bebas untuk melakukan pelbagai hal di rumah.
Namun siapa sangka, ternyata ramai juga rakyat Malaysia telah mengisi masa mereka dengan mencari istilah “COVID19” di laman Pornhub. Ini terbukti selepas sebuah statistik dikeluarkan oleh laman porno terbesar dunia ini.
Bukan Malaysia sahaja yang telah menyumbang kepada kenaikan trafik di Pornhub semasa tempoh PKP ini. Statistik mereka memperlihatkan bahawa trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6% daripada hanya 6.5% dari 16 hingga 17 Mac – tarikh di mana kebanyakan negara di seluruh dunia mengumumkan “lockdowns”.
Selain dari fakta peningkatan pengunjung ke laman lucah ini, satu lagi trend yang menarik telah muncul ialah Pornhub menyatakan bahawa sepanjang bulan lalu, terdapat lebih daripada 9.1 juta carian dengan kata kunci “corona” atau “covid”.

Beralih semula kepada senarai negara yang menyumbang kepada trafik Pornhub. Statistik bagi negara-negara yang paling banyak mencari kata kunci ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan no.4 di seluruh dunia, dengan populariti carian sebanyak 84%.
Sementara itu, Slovakia menduduki tempat teratas pada tahap 119%. Walau bagaimanapun, kita adalah negara dalam Asia yang mempunyai peratusan tertinggi di di dunia.