
#image_title
Kajian tunjuk saiz zakar Malaysia antara terpendek di dunia, kalah dengan Singapura dan Indonesia, apa dah jadi …
Meskipun ego lelaki Malaysia mungkin tinggi, ia tidak setinggi alat sulit mereka. Ini adalah hasil kajian dari From Mars yang menilai saiz alat sulit lelaki di seluruh dunia. Yang menariknya, saiz alat sulit lelaki Malaysia nampaknya agak kecil berbanding kelompok negara-negara terpendek di dunia.
Melalui hasil kajian From Mars, saiz kemaluan lelaki Malaysia berada jauh di bawah di tangga ke-79. Dengan rata-rata lelaki di negara ini mempunyai panjang sebanyak 4.52 inci. Kita pula tewas kepada Singapura dan Indonesia yang berada di hadapan di tangga ke 78 dan 77.
Selain itu, rata-rata lelaki dengan saiz kemaluan yang kecil datang daripada negara asia. Menurut From Mars, Cambodia, Myanmar, Filipina, Sri Lanka dan Hong Kong berada di kedudukan lima teratas dalam senarai negara dengan alat kemaluan lelaki terpendek di dunia. Manakala Malaysia pula berada di tempat ke-8 dalam senarai tersebut.

Bagi negara yang mempunyai saiz alat kemaluan lelaki terpanjang pula telah dikuasai oleh negara-negara dari benua Afrika. Ecuador di tangga pertama sebelum diikuti oleh Cameron, Bolivia, Sudan dan Haiti.
Menurut Form Mars, kajian ini dilakukan untuk melihat sendiri perbezaan panjang alat kemaluan lelaki di seluruh dunia. Dengan data ini, orang ramai boleh melihat bahawa terdapat perbezaan saiz di setiap negara yang berbeza.
Faktor yang mempengaruhi saiz zakar termasuk faktor genetik, nutrisi dan gaya hidup. Walau bagaimanapun, ramai lelaki Malaysia mungkin mengalami tekanan psikologi dan tekanan sosial untuk mempunyai saiz zakar yang lebih besar, terutama dengan peningkatan populariti industri produk penambah zakar yang diiklankan secara meluas.
Dalam usaha untuk memperbaiki kesihatan dan kepuasan seksual, adalah penting untuk berjumpa dengan pakar kesihatan tentang pilihan dan penyelesaian yang ada. Penting juga untuk memahami bahawa saiz zakar bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi kepuasan seksual, dan terdapat banyak cara untuk mencapai kepuasan seksual tanpa bergantung pada saiz zakar semata-mata.
Jangan malu!